ASSALAMMUALAIKUM...nie blog ERLINA ROSLAN ^_^ terima kasih sudi membaca huhu esok datang lagi yee.. n nak ucap gakkkk terima kasih spe yang sudi singgah di blog ina ....cuma cuma nak cakap skitt hehe ::SAYANG KAT MAK AYAH kowang ketat-ketat tawww..Doakan kan diorang selalu...IBUUUU kita tidak akan menangis apabila kita membuat keputusan yang betul. Beliau menangis apabila kita mensia-siakan hidup kita. ingatt tuee... ^_^

Monday 7 January 2013

UJIAN UKUR KEIMANAN

Ujian hidup ukur keimanan, wujud kematangan

 NABI Muhammad saw bersabda bermaksud: “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup disebabkan tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar. Tidak juga ketakutan, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan itu.”

Dalam hidup ini penuh dengan ujian daripada Allah. Kesenangan atau kesusahan ia adalah ujian yang diberikan Allah kepada umatnya.
Ujian seiringan dengan perjuangan. Oleh itu, ia memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah dalam menghadapinya.

Ujian dijadikan Allah untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaran-Nya adalah benar. Adakah perlakuan dan tindakan itu hanya terhenti setakat pada mulut saja?

Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafik yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya.

Semuanya itu menuntut kesabaran dan dalamnya ada ganjaran pahala yang besar daripada Allah.

Lawan bagi sabar adalah mengeluh. Ia adalah perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah. Ia juga akan menerbitkan perasaan kecewa dan putus asa, sedangkan Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 6)

Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan. 

Views Views

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi membaca di blog saya ^_^