ASSALAMMUALAIKUM...nie blog ERLINA ROSLAN ^_^ terima kasih sudi membaca huhu esok datang lagi yee.. n nak ucap gakkkk terima kasih spe yang sudi singgah di blog ina ....cuma cuma nak cakap skitt hehe ::SAYANG KAT MAK AYAH kowang ketat-ketat tawww..Doakan kan diorang selalu...IBUUUU kita tidak akan menangis apabila kita membuat keputusan yang betul. Beliau menangis apabila kita mensia-siakan hidup kita. ingatt tuee... ^_^

Friday 20 July 2012

RAMADHAN TAHUN INI

hehe riang yer hati bulan Ramadhan datang lagi ^_^

Alhamdulillah... hari ini bermulanya puasa yang pertama.. syukur sangat-sangat masih diberi peluang menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Dah lama rasanya tak update blog nie..
* hati niee happy sangat2* sebab Bulan Ramadhan tahun nie akan bermakna bagiku.Azam ku tahun nie harap2 dapat menyambut bulan nie dengan sebaik-baiknya...insyaAllah..aku berharap Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun sebelumnya..huhu teringat Ramadhan pada tahun lepas  :( miss 3 hari tarawih terakhir. Kalau nak pergi solat tarawih , pergi berdua dengan mak saya selepas berbuka puasa..Alhamdulillah  rumah pon berdekatan dengan masjid..jalan kaki dalam 5 minit dah sampai..hehehe..

Hari ini  21/7/2012..sabtu bermulanya first day puasa. Tahun nie semua family dapat bersahur bersama-sama di kuala lumpur.Saya duk sementara selama 1 bulan di k.l sinie untuk berniaga di bazar..hehe ^_^ dapat lah cari duit poket skit untuk simpanan. insyaAllah aku akan sambung study di uitm pada bulan september nanti.
Selepas bersahur, solat subuh disegerakan... membaca kitab Al-quran menjadi rutin harian ku selepas setiap kali solat fardhu.. insyaAllah nak tekad tuk khatam kan al-quran di bulan ramadhan.. semasa bulan Rejab sehingga Syaaban ku baru je sampai juzuk 5..emm terasa hati tenang apabila ku tenung satu-satu ayat al-quran, memahami maksud di sebalik ayat suci al-quran.Ternyata Al-quran amat membantu ku lebih dekat dengan-Nya..Ya Allah engkau lah pencipta kami dan kepada engkau jualah tempat kami kembali.Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah..bimbinglah aku dalam setiap langkah hidupku.

8 List Target pada bulan Ramadhan tahun ini :::

  1. Mahu Khatamkan kitab Al-Quran..insyaAllah semoga tercapai.
  2. NO FB selama sebulan..*until finish bulan Ramadhan* . 
  3. Banyakkan pembacaan zikir& doa pada illahi..
  4. Menunaikan solat sunat tarawih di masjid
  5. Jaga akhlak,jaga hati,jaga lidah,jaga mata..n jagalah semuanya :)
  6. Kurangkan tido di waktu petang..hahaha time puasa lah ramai yang dah jadi lembik kan..kadang-kadang mata tuee dah x bleh kawal kan? tapi kalau nak tido sangat..tidorr la sekejap sebaik-baiknya selepas solat zuhur dalam 30 mnit or 1 hour ..jangan tidooo sampai terlajak hingga ke waktu Asar plak hehehe...
  7. Banyakkan amalan sunat..contohnya seperti bersedekah pada orang miskin, tolong ibu bapa pon 1 sedekah jugak kan.. pe pon yang kita wat ikhlaskan hati nawaitu keranaNya..
  8. Menunaikan setiap ibadah pada bulan ini dengan sebaik-baiknya.


ingat yew ! k bye..selamat menjalani ibadah puasa semua..
yeahhhh senyum sokmo k ^_^
Views Views

Wednesday 11 July 2012

FAHAMI SURAH YASSIN

Jom teliti setiap ayat surah Yassin... ( 83 ayat )

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

  1. Ya sin.
  2. Demi Al-Quran yang penuh hikmah.
  3. Sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul,
  4. ( Yang berada ) di atas jalan yang lurus,
  5. ( Sebagai wahyu ) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.
  6. Supaya kamu memberi peringatan kepada yang datuk nenek mereka belum pernah diberi peringatan; kerana itu mereka lalai.
  7. Sesungguhnya, telah pasti berlaku perkataan ( ketentuan Allah ) terhadap kebanyakan mereka, kerana mereka tidak beriman.
  8. Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tanganmereka ( diangkat ) ke dagu, maka kerana itu mereka tertengadah.
  9. Dan kami jadikan dinding di hadapan dan dinding di belakang mereka, dan Kami tutup ( pandangan ) mereka; sehingga mereka tidak dapat melihat.
  10. Sama sahaja kepada mereka sama ada kamu beri peringatan kepada mereka atau tidak beri peringatan kepada mereka, mereka tidak akan beriman.
  11. Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mahu menuruti peringatan dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihat-Nya.Maka berilah mereka berita gembira tentang keampunan dan pahala yang paling mulia.
  12. Sesungguhnya Kami menghidupkan orang yang telah mati, dan Kami catatkan segala yang mereka telah kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan.Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata ( Lauh Mahfuzh )
  13. Dan ceritakanlah kepada mereka satu perumpamaan, iaitu penduduk sebuah negeri ketika mereka didatangi utusan-utusan ( Kami ).
  14. Ketika Kami mengutus dua orang utusan kepada mereka, mereka mendustakan keduanya; kemudian Kami perkuatkan dengan ( utusan ) yang ketiga; maka mereka berkata: ''Sesungguhnya kami ini diutuskan kepada kamu semua.''
  15. Mereka menjawab : ''Kamu ini tidak lain,hanyalah manusia seperti kami juga; dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatu pun, kamu tidak lain hanyalah berdusta belaka.''
  16. Mereka berkata: '' Tuhan kami mengetahui bahawa sesungguhnya kami adalah orang yang diutuskan kepada akamu.
  17. Dn Tugas kami hanyalah menyampaikan ( perintah Allah ) yang terang nyata itu.''
  18. Mereka menjawab : ''Sesungguhnya kami bernasib malang kerana kamu, sesungguhnya kalau kamu tidak berhenti ( menyeru kami ), tentulah kami akan merejam kamu, dan sudah tentu kamu akan merasai azab yang amat menyakitkan dari kami.'' 
  19. Utusan-utusan itu berkata : ''Nasib malang itu adalah kerana kamu sendiri. Apakah jika kamu diberi peringatan ( kamu mengancam kami )? Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas !''
  20. Dan datanglah seorang lelaki dari hujung kota berlari-lari, katanya: ''Wahai kaumku! Ikutlah utusan-utusan itu,
  21. Ikutlah orang yang tidak meminta sesuatu balasan pun daripada kamu, sedang mereka adalah orang yang mendapat petunjuk.''
  22. Mengapa aku tidak menyembah ( Tuhan ) yang telah menciptakanku dan yang hanya kepada-Nyalah kamu (semua) akan dikembalikan ?
  23. Mengapa aku akan menyembah beberapa tuhan selain-Nya, jika ( Allah ) Tuhan Yang Maha Pemurah itu menghendaki kemudaratan trhadapku, mereka tidak dapat memberi apa-apa syafa'at kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkanku.
  24. Sesungguhnya aku kalau begitu pasti berada dalam kesesatan yang nyata.
  25. Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhanmu; maka dengarlah ( pengakuan keimanan ) ku!''
  26. Dikatakan ( kepadanya ) : ''Masuklah kamu ke dalam syurga!'' Ia berkata: ''Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui,
  27. apa yang menyebabkan Tuhanku memberi ampun kepadaku dan menjadikan akudari kalangan orang yang dimuliakan.''
  28. Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya, sesudah dia meninggal, sebarang pasukan dari langit, dan tidak layak Kami menurunkannya.
  29. Tidak ada seksaan atas mereka melainkan satu teriakan suara sahaja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati.
  30. Alangkah besarnya penyesalan terhadap hamba-hamba itu, tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-oloknya.
  31. Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat yang telah kami binasakan sebelum mereka,bahawasanya orang-orang ( yang telah Kami binasakan) itu tiada kembali kepada mereka.
  32. Dan setiap mereka semuanya akan dikumpulkan lagi kepada Kami.
  33. Dan suatu tanda ( kekuasaan Allah yang besar ) bagi mereka adalah bumi yang mati.Kami hidupkan bumi itu serta Kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripadanya mereka makan.
  34. Dan Kami jadikan padanya kebun kurma dan anggur, dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air,
  35. supaya mereka dapat makan dari buahnya, dan dari apa yang diusahakan oleh tangan mereka.Maka mengapakah mereka tidak bersyukur?
  36. Maha suci Tuhan yang telah menciptakan semuanya berpasangan, sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, ataupun dari diri mereka dan juga dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
  37. Dan suatu tanda ( kekuasaan Allah yang besar ) bagi mereka ialah malam; Kami tanggalkan siang dari malam itu, dengan serta-merta mereka berada dalam kegelapan,
  38. dan matahari berjalan di tempat peredarannya.Itulah ketetapan Tuhan Yang Maha Perkasa, lagi Maha Mengetahui.
  39. Dan untuk bulan Kami telah tentukan untuk bulan tempat ia beredar, sehingga ia kembalinya sebagai bentuk tandan yang tua.
  40. Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan juga malam tidak dapat mendahului siang.Masing-masing beredar pada garis edarannya.
  41. Dan satu tanda ( kebesaran Allah yang besar ) bagimereka ialah Kami membawa keturunan keluarga mereka dalam sebuah bahtera yang penuh muatan,
  42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kenderai seperti bahtera itu.
  43. Dan jika Kamikehendaki, nescaya Kami boleh tenggelamkan mereka, maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan.
  44. Tetapi ( Kami selamatkan mereka) kerana rahmat yang besar dari Kami, dan untuk memberikesenangan hidup sampai ke suatu masa.
  45. Dan apabila dikatakan kepada mereka : ''Takutlak kamu akan seksa yang ada di hadapan kamu, dan apa yang akan datang, supaya kamu beroleh rahmat'', ( nescaya mereka berpaling ).
  46. Dan sekali-kali tiada datang kepada mereka suatu tanda dari tanda-tanda kekuasaan Tuhan mereka, melainkan mereka selalau berpaling daripadanaya.
  47. Dan apabila dikatakan kepada mereka: ''Nafkahkanlah sebahagian daripada rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu'', orang-orang yang kafir itu berkata kepada orang yang beriman: ''Apakah kami akan memberi makan kepada orang-orang yang jika Allah kehendaki tentulah Dia akan memberinya makan, kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata.''
  48. Dan mereka berkata: ''Bilakah ( terjadinya Hari Akhirat ) yang dijanjikan itu jika betul kamu orang yang benar?''
  49. Mereka tidak akan menunggu melainkan satu teriakan sahaja yang alkan membinasakan mereka sewaktu mereka berada dalam keadaan leka bertengkar.
  50. Maka dengan itu mereka tidak berpeluang untuk membuat suatu wasiatpun dan mereka tidak sempat kembali kepada Tuhan mereka.
  51. Dan Sangkakala itu ditiup, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kubur ( menuju ) kepada Tuhan mereka.
  52. Mereka berkata: ''Aduhai! Celakanya kami ini! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur ( kubur ) kami?'' ''Inilah dia yang telah dijanjikan ( oleh Tuhan ) Ynag Maha Pemurah dan memang benarlah rasul-rasul.''
  53. Hanyalah dengan berlakunya satuteriakan sahaja, tiba-tiba mereka semua dikumpulkan kepada Kami.
  54. Maka pada hari itu, tiada seorang pun yang akan dianiaya sedikit pun, dan kamu pula tidak akan dibalas kecuali dengan amalan yang kamu telah kerjakan.
  55. Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang-senag dalam kesibukan.
  56. Mereka dan teman ( akrab) mereka berada dalam tempat yang teduh sambil duduk berteleku dia atas dipan-dipan ( bangku panjang yang rendah ).
  57. Dalam syurga itu mereka perolehi buah-buahan; dan mereka peroleh apa sahaja yang mereka minta.
  58. ( Kepada mereka dikatakan ) : ''Salam Sejahtera!'' ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang
  59. Dan ( dikatakan kepada orang-orang kafir ) :'' Berpisahlah kamu ( dari orang-orang beriman ) pada hari ini, hai orang-orang yang berbuat jahat.
  60. Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak Adam, supaya kamu tidak menyembah syaitan? kerana sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu.''
  61. Dan hendaklah kamu mengabdikan diri kepadaKu; inilah jalan yang lurus.''
  62. Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antara kamu. Maka apakah kamu tidak memikirkan?
  63. Inilah neraka Jahannam yang dahulu kamu diberikan amaran ( tentangnya )
  64. Masuklah ke dalamnaya pada hari ini disebabkan kamu dahulu mengingkarinya.
  65. Pada hari itu Kami tutup mulut mereka dan tangan metreka akan memberitahu Kami, dan kakimmereka akan menjadi saksi tentang apa yang telah mereka usahakan.
  66. Dan kalaulah Kami menghendaki, pastilah Kami hapuskan penglihatan mata mereka; lalu mereka berlumba-lumba (mencari) jalan.Maka bagaimanakah mereka dapat melihat?
  67. Dan kalaulah Kami menghendaki pastilah Kami ubah merekadi tempat mereka berada; maka mereka tidak sanggup mara ke hadapan dan juga berpatah balik.
  68. Dan sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami kembalikan dia kepada kejadian ( keadaan awalnya); Maka apakah mereka tidak memikirkan?
  69. Kami tidaklah mengajarkan syair kepadanya (Muhammad), dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al-Quran itu tidak lain satu pengajaran dan kitab yang memberi penerangan.
  70. Supaya dia ( Muhammad ) memberi peringatan kepada orang yang hidup dan supaya pastilah              ( ketetapan azab ) terhadap orang-orang kafir.
  71. Tidak kah mereka melihat bahawa Kami telah menciptakan binatang ternak untuk mereka, iaitu sebahagian dari apa yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami, yang kemudiannya mereka menguasai ( nya ) ?
  72. Dan kami tundukkan haiwan-haiwan itu untuk mereka; sebahagiannya menjadi kenderaan, dan sebahagian lagi menjadi makanan.
  73. Dan mereka mendapat pelbagai faedah dan minuman ( pada haiwan ternakan itu ). Maka mengapakah mereka tidak mahu bersyukur ?
  74. Mereka mengambil sembahan lain selain Allah supaya mereka mendapat pertolongan.
  75. Sembahan-sembahan itu tidak dapat menolong mereka; padahal sembahan itu sendiri menjaditentera yang disiapkan untuk ( mengawasi ) mereka.
  76. Maka janganlah ucapan mereka menyedihkan kamu, sesungguhnaya Kami mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka nyatakan.
  77. Tidakkah manusia itu memerhatikan bahawa Kami menciptakannya dari setitik air mani, maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata!
  78. Dan dia membuat perumpamaan kepada Kami, dan dia pula lupa kepada kejadiannaya, dia bertanya: ''Siapakah yang boleh menghidupkan tulang yang telah hancur luluh itu ? ''
  79. Katakanlah : ''Ia akan dihidupkan kembali oleh Tuhan yang telah menciptakannya kali yang pertama.Dan Dia Maha Mengetahui mengenai setiap makhluk.
  80. Iaitu Tuhan menjadikan api dari kayu yang hijau untukmu, maka tiba-tiba dari kayu itu kamu nyalakan api''.
  81. Dan tidakkah Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi berkuasa pula mencipta semula jasad-jasad mereka yang sudah hancur itu ? Benar. Dia Berkuasa. Dan Dialah Maha pencipta lagi Maha Mengetahui.
  82. Sesungguhnya perintah-Nuya apabila Dia menghendaki ( adanya ) sesuatu, hanyalah berfirman kepadanya ''Jadilah'', maka ia pun menjadi.
  83. MakaMaha Sucilah ( Allah ) yang kekuasaan atas segala sesuatu di tangan-Nya dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.


kan? dalamnya terselit keadaan yang berlaku pada hari akhirat kelak..* kita dicipta oleh-Nya & dikembalikan juga kepada-Nya... Ya Allah bimbinglah aku dalam setiap langkah hidupku.. *  sebaik-baik yew amalkan membaca surah ini.. O Allah teach me to love others like I love myself, teach me to judge myself  like I judge others. And if I have wronged anyone, give me the courage to apologize, and If anyone wrong me, give me the courage to forgive to others..Amennn ...
Views Views

Saturday 7 July 2012

KHAS UNTUK WANITA

Ni Na *Erlina Roslan* 

Wanita..
Kamu juga seperti saya..
Sebab saya tahu awak memang dah comel
Kalau awak kata diri awak tak cantik pon, saya tetap cakap awak cantik !
Bukan rupa yang harus dipandang
Rupa tu bersifat sementara kan?
Memadai Cukup dengan tutur akhlakmu & sentiasa besederhana
Membuatkan Kamu dah cukup cantik pada pandangan manusia
Cantik mu itu biar lebih tinggi pada pandangan-Nya


Pesan saya
Jadilah wanita yang sederhana
Jangan buat diri mudah digoda
Oleh setiap pemuda-pemuda
Dan janganlah suka
Apabila diri digoda


Tidak perlu mengejar populariti
Semata ingin dipandang tinggi
Sembunyikanlah kecantikan diri
Biarlah tiada lelaki yang peduli
Sukar dipandang susah nak dapat
Allah sangat suka wanita yang menyembunyi =)
Kerana Allah kan selalu ada
Bersama kita sepanjang masa


Jagalah dirimu daripada dipandang
Tidak perlu memburu
Tidak perlu rasa cemburu
Bila tiada sesiapa yang memandangmu
Sebaliknya ia satu penghormatan bagimu
Hanya yang benar2 ikhlas menerima diri kamu seadanya


Andai dirimu bimbang tidak berpunya ?
Usah ragu usah bimbang & kecewa ^_^
Cintailah Allah, Rasul & Ibu bapa
Usah berasa cemburu
Bila kamu melihat kawan bercouple dengan pasangannya
Kerana jodoh itu tidak dapat diduga kan?
Ia akan datang pada bila-bila masa


Kelak apabila menjadi isteri orang
Jadilah isteri yang mentaati pada suami
Dan selalu menyintai
Melainkan kepada suami yang dicintai




Jodoh niee macam Bas Ekspress
Bila bas sudah sampai, naiklah bas itu,
Kalau x nak naik bas, bas tuu akan bertolak pergi mengikut jadualnya...
Naek2 t tertinggal bas.. T_T




Jangan bimbang diri kamu tidak berpunya ?
Berusaha lah menjadi baik
X perlu menjadi ustaz / ustazah
Solat 5 waktu jangan ditinggal
Jaga hubungan dengan Allah
Jaga hubungan sesama manusia
Kelak dirimu berjumpa dangan someone
Dia tidak sempurna, kamu pon tidak sempurna
Terima  & saling melengkapi kekurangan masing2
Pada jalan yang diredhai-Nya
Usah bimbang diri kamu kehilangan seseorang
Kerana masih ramai orang yang takut kehilanganmu.


# senyum sokmooo # ^__^






























Views Views

Friday 6 July 2012

TOPUP ILMU..

nieee teman2 rapat ni na di masa lapang.. =) love muchh 4 reading.. 

                                                         
                                                           

buku niee first favourite sye =)

nie dapat hadiah haha sebab dulu pernah work di kedai buku..mmg best dapat bace buku nie..

emm buku nie the first salary, sye beli hihi.. yg penting bermaaf utk dibaca ^_^


sukee sgttt... cover buku niee jew dah wat sye tsentuh .. 












okeee smua kawan2... rajin-rajin lah membaca ekk.. topup ilmu kat dalam diri x kan rugi =) 
Views Views

SABAR DALAM PERSAHABATAN


SAHABAT ???


Sifat Sabar mengajar kita erti mengenali rencah kehidupan.Tahap kesabaran setiap individu semunya berbeza.Kadang-kadang orang disekeliling kita akan menguji kesabaran kita.Ada yang terlintas di benak fikiran anda,  ‘’haishhh sabar je lah dengan sikap si fulan nie’’
Sebenarnya orang yang kuat bersabar ini lebih untung. Dia tak mahu dirinya diulit dengan sifat negatif yang memakan dirinya sendiri. Setiap tindakan yang ingin dilakukan akan berfikir samada membawa implikasi @ kesan terhadap orang lain.Namun, jangan disangka dia seorang yang boleh melayan kerenah anda setiap masa. Berikan ruang dan masa dalam persahabatan.

* Apabila bersahabat, diri sendiri &; sahabat harus mempunyai
tanggungjawab &; punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1.Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita
& sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu
sebelum ianya berlaku.

2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3.Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt
tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6.Terima kekurangan &; keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai
positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8.Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu
rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita
menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan
sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9.Menghormati hak &; kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat
bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan &;
kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

10.Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jgn
dibalas, berdiam &; tunggu hingga dia reda &; sejuk. Pasti
hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap
org ada lautan hati yg pasang surut.

11.Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia
mengomel, dengar &; angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia
boleh memburukkan keadaan.

12.Jangan memburuk-burukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri
dengan mengadakan cerita i. e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya.
Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn
apa yang dikurnia oleh Allah s. w. t
Views Views

Thursday 5 July 2012

5 JULAI 2012



4.30 a.m emmm mengantuknya mata nieeee.. haishhhhh awal lagi nie, kelopak mata nie tertutup semula, selang 30 minit kemudian , jam pada pukul 5.00 a.m ku bangun sahur..hari niee kahamis,       5 Julai [ 15 nifsu Syaaban] . Alhamdulillah, berpuasa sunat ku sahur bertemankan nasi dan lauk sambal ikan cili api yang ku masak malam tadi hehehe..+ sayur kobis... minuman just secawan kecil milo panas dan segelas besar air putih ^_^  .. Alhamdulillah kenyang . Pagi niee, aku sahur sorang-saorang jerkk  > <  tapi kak ipar bersahur gak but diee x makan nasi hahaha just minum air diet ..hiihiihi katanya, die nak diet hohoho.tekad betul kak ipar nie.. huhu.

Selesai sudah bersahur. Jam menunjukkan 5.45 a.m.. then, azan berkumandang..aku pergi mengambil wuduk dan tunaikan solat subuh. Lepas solat, ku baca zikir dan surah Yassin. Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan ku hari nie, jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam dan jadikan hari esok lebih baik daripada hari ini... bimbinglah aku dalam setiap langkah hidupku..Pelihara lah orang-orang disekelilingku, ibu bapaku,keluargaku, guru-guruku, semua rakan-rakan ku samada yang telah berkahwin,bekerja, atau yang masih belajar..kau permudahkanlah segala urusan mereka.bimbinglah kami dalam jalanMu Ya Allah. Sesungghunya engkau lah pembinmbing kami dan kuatkanlah hati-hati kami untuk mengingatimu dan teguhkanlah iman dalam hati kami.. aminnnn..

                                                                                                     sabar yeee...hehe Ari niee juadah berbuka nak masak ayam masak merah .. > <
Mood :::  x sabar menanti bulan Ramadhan coming soon.. ^_^  hihi 
Pokok durian daunnya bersih, Sekian Terima Kasih . =) 
peace senyum sokmo  ^
Views Views

Wednesday 4 July 2012

MENGENALI BULAN SYAABAN & MALAM NIFSU SYAABAN


Esok 5 JULAI 2012 [ 15 syaaban ] ... jommm wat puasa sunat.. ^_^  Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban ini.
PENGERTIAN SYAABAN
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabatmenjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)
MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).


FADHILAT BULAN SYAABAN
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
  • Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
  • Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhirKhamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w.: Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi:“Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.
PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN
Mengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.  [ sumber :::  by hikmah ]
mohhhhhh sme2 puasa sunat esok khamis, 5 Julai 2012 [ 15 Syaaban ] ^_^


Views Views

Tuesday 3 July 2012

WAHAI SAHABAT KU




   Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?
Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?
Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat
Wahai sahabatku yang kecewa,
Bersabarlah…                                             
Views Views