ASSALAMMUALAIKUM...nie blog ERLINA ROSLAN ^_^ terima kasih sudi membaca huhu esok datang lagi yee.. n nak ucap gakkkk terima kasih spe yang sudi singgah di blog ina ....cuma cuma nak cakap skitt hehe ::SAYANG KAT MAK AYAH kowang ketat-ketat tawww..Doakan kan diorang selalu...IBUUUU kita tidak akan menangis apabila kita membuat keputusan yang betul. Beliau menangis apabila kita mensia-siakan hidup kita. ingatt tuee... ^_^

Sunday 20 January 2013

KISAH CINTA KHADIJAH DAN NABI MUHAMMAD SAW

Pernah x tahu erti cinta sejati ?Apakah pernah mendengar atau mengetahui kisah cinta Qais dan Laila atau kisah cinta Romeo dan Juliet ataukah Laila dan Majnun?

Apakah kisah cinta seperti itu yang dikatakan sebagai cinta sejati? Seperti yang anda semua ketahui bahawa cinta mereka tidaklah berakhir di pelaminan bahkan rela mati demi cintanya..

Then, cinta apakah yang dikatakan sebagai cinta sejati??? Cinta sejati di antara 2 insan adalah cinta yang terus abadi dalam SETELAH PERNIKAHAN YANG BERLANDASKAN ATAS KECINTAAN MEREKA KEPADA SANG PEMILIK CINTA IAITU ALLAH. Walaupun  salah satu meninggal, namun cinta siapakah yang begitu indah sekali??? ===> jawabnya.. ialah siapa lagi kalau bukan kisah cinta junjungan kita, Muhammad Rasulullah kepada Siti Khadijah ^_^

Yupppppp Sungguh sebuah cinta yang mengagumkan, cinta yang tetap abadi walaupun Khadijah telah meninggal.Setahun selepas Khadijah meninggal, ada seorang wanita shahabiyah yang menemui Rasulullah. Wanita ini bertanya , Ya Rasulullah, mengapa engkau tidak menikah? Engkau memiliki 9 keluarga dan harus menjalankan seruan besar.''  
Sambil menangis Rasulullah SAW menjawab : '' Masih adakah orang lain selain Khadijah? ''

Kalau saja Allah tidak memerintahkan Muhammad SAW untuk MENIKAH, maka pastilah beliau tidak akan menikah untuk selama-lamanya. Nabi Muhammad SAW menikah dengan Khadijah layaknya para lelaki.Sedangkan pernikahan-pernikahan setelah itu hanya kerana tuntutan risalah Nabi SAW, beliau tidak pernah dapat melupakan isteri beliau ini walaupun setelah 14 tahun Khadijah meninggal.

Pada masa penaklukan kota Makkah, orang-orang berkumpul  di sekeliling beliau, sementara orang-orang Quraisy mendatangi beliau dengan harapan beliau mahu memaafkan mereka, tiba-tiba beliau melihat seorang wanita tua yang datang dari jauh.Beliau langsung meninggalkan kerumunan orang ini. Berdiri dan bercakap-cakap dengan wanita itu.Beliau kemudian melepaskan jubah beliau dan menghamparkannya ke tanah. Beliau duduk dengan wanita tua itu.

Aisyah bertanya, ''Siapa wanita yang diberi kesempatan, waktu, berbicara, dan mendapat perhatian penuh Nabi SAW ini?
Nabi menjawab : ''Wanita ini adalah teman Khadijah.''

''Kalian sedang membicarakan apa, ya Rasulullah? '' tanya  Aisyah.

''Kami baru saja membicarakan hari-hari bersama Khadijah.''

Mendengar jawapan beliau ini, Aisyah pun merasa cemburu... '' Apakah engkau masih mengingat wanita tua ini (khadijah), padahal ia telah tertimbun tanah dan Allah telah memberikan ganti untukmu yang lebih baik darinya?''

''Demi Allah, Allah tidak pernah menggantikan wanita yang lebih baik darinya. Ia mahu menolongku di saat orang-orang mengusirku.Ia mahumempercayaiku di saat orang-orang mendustakanku.''

Aisyah merasa bahawa Rasulullah SAW marah.... ''Maafkan aku, ya Rasulullah.''
''Mintaklah maaf kepada Khadijah, baru aku akan memaafkanmu.''

[ Riwayat Bukhari dari Ummul Mukminin Aisyah ]***

Mungkin adacinta seperti itu? yang dapat terus abadi setelah orang yang dicintai  meninggal dunia 14 tahun ?Kerana cinta ini tidak pernah didahului hubungan haram & kerana ketaatan kepada Allah menjadi dasar rumah tangga ini...

Kepada yang dah berniat nak bernikah & bakal menjadi seorang suami / isteri pada masa hadapan kelak... Bagaimana yang korang rasa sekarang??? tidak inginkah korang menjadikan rumah tangga korang seperti ini? Suami membaca Al-Quran bersama isterinya. Betapa agungnya ketika anak-anak mereka turut membaca Al-Quran. Menjelang waktu Subuh tibaaa... si isteri membangunkan suaminya untuk melaksanakan solat Subuh bersama-sama. Seperti apakah rumah ini? terasa indah kan? Sweet kan...?  betapa manisnya, betapa indah cinta di dalam rumah tangga ini....pasti korang dapat menemukan segalanya berubah, then cinta pon bertambah +++ dan Allah melimpahkan barakah-Nya kepada rumah tangga yang dibina itu nanti..insyaAllah  ...



Views Views

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi membaca di blog saya ^_^