ASSALAMMUALAIKUM...nie blog ERLINA ROSLAN ^_^ terima kasih sudi membaca huhu esok datang lagi yee.. n nak ucap gakkkk terima kasih spe yang sudi singgah di blog ina ....cuma cuma nak cakap skitt hehe ::SAYANG KAT MAK AYAH kowang ketat-ketat tawww..Doakan kan diorang selalu...IBUUUU kita tidak akan menangis apabila kita membuat keputusan yang betul. Beliau menangis apabila kita mensia-siakan hidup kita. ingatt tuee... ^_^

Sunday 30 December 2012

CINTA HIGH CLASS [ Bhg 1 ]

jommm kutip info bmanfaat dalam buku nieeee ^_^
                                                                                                                                              

yuppp all men should be like this....
  • Al-Quran mengulang-ulang sebanyak 188kali berkenaan hati,      [ Hubungan hati dengan Allah ]
A : ''Syaitan itu licik.Dia menang kalau dapat halang kita buat baik''
B : ''Oh, syaitan mesti sedang bergantung atas kelopak mata aku ini.Mari kita lawan !''
A : ''Syaitan juga menang kalau timbul riyak [ menunjuk-nunjuk ] dalam perbuatan baik''
B : ''Hah? Susahlah macam ini ! Payah dielak, hatinya merungut''
A : ''Senang saja!'' Teruskan buat baik & hapuskan penyakit hati dengan istighfar.Syaitan pasti                  sukar menguasai hati''
B : ''Alhamdulillah ^_^

MORAL STORY ::: Jagalah  hubungan hati kita dengan ALLAH. Usaha membina diri, keluarga, masyarakat & dunia perlu bermuladengan membina tamadun hati.

  • Jika lelaki muliakan kita dengan pangkat isteri, itu baru tandanya dia JUJUR mencintai..
  • Lelaki bukan musuh kita..mereka pun seperti kita, ada cita-cita mahukan pasangan beriman.Bantu mereka jadi soleh dengan tidak melayan. 
  • Selagi ada perempuan yang melayan.Selagi itu lelaki tidak tahan. kasihan lelaki....
  • Wanita & Lelaki masing-masing ada kelebihan & kelemahan.Kelemahan lelaki selalunya ialah kalah melawan nafsu terhadap perempuan.

  • Kalau lelaki nak berkawan-kawan dahulu, selepas itu baru berfikir mahu jadikan kita isteri?
  • Ada 2 akibat yang mungkin berlaku...PERTAMA, putus di tengah jalan.Kemudian, dihiris kecewa yang payah sembuh.Kata kaedah syarak,''Man taa'jalla bisyaiin u'qiba bihirmaanihi'' 
  • Maksudnya ::: ''Siapa tergesa-gesa mahu cepat, akibatnya dia tidak dapat''
  • Kalau putus cinta mesti malas nak study sebab asyik berendam air mata. Hmmm... buang masa..baik cegah awal-awal.
  • AKIBAT KE-2.... Berkahwin tapi dengan asas yang mendekati zina,bukan asas yang membina takwa 
  • Jika anda sedia hadapi 2 akibat ini..jadilah gf/ bf dia. ''cinta murahan vs cinta high class''

  • Lelaki suka menguji sama ada kita hanya layak dijadikan mainan @ dijadikan pendamping seumur hidup.Dia mnilai melalui cara kita melayani kata-katanya.
  • Bagaimana??? '' Kalau kita terhegeh-hegeh & senang-senang percaya, dia akan main-mainkan perasaan kita dengan kata-kata keramat. tetapi kalau kita ada perinsip, dia akan hormat.

  • Kalau ada orang minat, I will say : ''Jauhi diriku, dekati waliku'' Hanya lelaki yang berani jumpa wali terus, layak kita tabik kejujurannya.Dia buktikan dia betul-betul serius mencintai kita.Dia tiada peluang langsung untuk mempermainkan kita.
  • KALAU LELAKI ITU PEMALU ??? eleh...mengurat kita x malu pula.Jika dia betul-betul pemalu, boleh gunakan khidmat orang tengah yang boleh dipercayai.
  • KALAU LELAKI ITU SWEET SEVENTEEN, kena jumpa ibu bapa jugak ke??? Ya..... kalau tidak berani, itu tanda nak main-main.
  • Sebab cinta tuee benda besar.Bukan benda main-main.1 hadis, ''Tiga hal yang seriusnya dianggap benar-benar serius dan guraunya dianggap serius : NIKAH,CERAI & RUJUK'' [ Dihasankan oleh Al-Albani dalam Al-Shahihah ]
  • Sabda Nabi : ''Tiada yang lebih layak bagi dua orang yang saling mencintai kecuali MENIKAH''


  • ''Kalau jumpa lelaki.Buat biasa sahaja tapi jangan layan.Kalau ada urusan, cakap macam biasa seperti bercakap dengan Konduktor bas @ Pak cik jual ikan @ Pak cik teksi.Kalau perlu bincang, bincang dengan profesional''
  • Teknologi komunikasi x salah tetapi manusialah yang suka mnggunakannya secara salah. Ujian cinta di alam remaja adalah sesuatu yang amat sangat melemahkan.Ramai orang yang tidak mampu bertahan.
  • Utamakan yang utama! Di kampus sibukkan diri meraih kecemerlangan, berpersatuan, menggilap kepimpinan, berukhuwwah sesama rakan sejantina & membina jati diri insan.Tiada masa bercinta.
  • Apa guna berwajah kacak jika baca al-quran pun merangkak-rangkak. Apa guna berwajah cantik jika pukul sepuluh pun x celik-celik.Kalau nak lihat rajin @ tidak rajin seseorang itu, lihatlah pada pukul berapa dia memulakan harinya.
  • Manusia itu ada yang jenis segar pagi & ada yang segar mal;am. Apa pun body clock seseorang itu boleh diubah. berpagi-pagi itu kan 1 keberkatan...



  • Jika disemak, bilakah kali terakhir solat kita melahirkan rasa takut & harap kita kepada Allah?'' ''Sesungguhnya, amalan yang pertama kali manusia dihisab dengannya di hari kiamat adalah SOLAT'   [ Riwayat At-Tirmizi, al-Nasa'i. Abu Dawud,Ibnu Majah dan Ahmad.Lafaz hadis riwayat Abu Dawud no.733 ]
  • Rasullullah s.a.w bersabda, ''setiap amalan bermula dengan niat.'' Jika niat kita baik, baiklah amalan kita.Jika niat kita buruk, buruklah amalan kita''
  •  Orang yang ikhlas, berlumba memiliki ''hati'' & ''tindakan'' yang paling Allah pandang''
  • Saya yakin , sesuatu yang kita mulakan dengan ''paksa'' akhirnya akan menjadi sesuatu yang ''seronok''. Terutamanya apabila kita berusaha memahami kepentingannya.
  • Rasullullah s.a.w memeberitahu kita, Allah tidak pandang rupa & harta kita. Yang Allah pandang ialah HATI & AMALAN kita [ Riwayat Muslim ]
SUMBER : Buku cinta high class ''Fatimah Syarha & Dr.Farhan Hadi ''

Views Views

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi membaca di blog saya ^_^