ASSALAMMUALAIKUM...nie blog ERLINA ROSLAN ^_^ terima kasih sudi membaca huhu esok datang lagi yee.. n nak ucap gakkkk terima kasih spe yang sudi singgah di blog ina ....cuma cuma nak cakap skitt hehe ::SAYANG KAT MAK AYAH kowang ketat-ketat tawww..Doakan kan diorang selalu...IBUUUU kita tidak akan menangis apabila kita membuat keputusan yang betul. Beliau menangis apabila kita mensia-siakan hidup kita. ingatt tuee... ^_^

Sunday 20 January 2013

KISAH CINTA KHADIJAH DAN NABI MUHAMMAD SAW

Pernah x tahu erti cinta sejati ?Apakah pernah mendengar atau mengetahui kisah cinta Qais dan Laila atau kisah cinta Romeo dan Juliet ataukah Laila dan Majnun?

Apakah kisah cinta seperti itu yang dikatakan sebagai cinta sejati? Seperti yang anda semua ketahui bahawa cinta mereka tidaklah berakhir di pelaminan bahkan rela mati demi cintanya..

Then, cinta apakah yang dikatakan sebagai cinta sejati??? Cinta sejati di antara 2 insan adalah cinta yang terus abadi dalam SETELAH PERNIKAHAN YANG BERLANDASKAN ATAS KECINTAAN MEREKA KEPADA SANG PEMILIK CINTA IAITU ALLAH. Walaupun  salah satu meninggal, namun cinta siapakah yang begitu indah sekali??? ===> jawabnya.. ialah siapa lagi kalau bukan kisah cinta junjungan kita, Muhammad Rasulullah kepada Siti Khadijah ^_^

Yupppppp Sungguh sebuah cinta yang mengagumkan, cinta yang tetap abadi walaupun Khadijah telah meninggal.Setahun selepas Khadijah meninggal, ada seorang wanita shahabiyah yang menemui Rasulullah. Wanita ini bertanya , Ya Rasulullah, mengapa engkau tidak menikah? Engkau memiliki 9 keluarga dan harus menjalankan seruan besar.''  
Sambil menangis Rasulullah SAW menjawab : '' Masih adakah orang lain selain Khadijah? ''

Kalau saja Allah tidak memerintahkan Muhammad SAW untuk MENIKAH, maka pastilah beliau tidak akan menikah untuk selama-lamanya. Nabi Muhammad SAW menikah dengan Khadijah layaknya para lelaki.Sedangkan pernikahan-pernikahan setelah itu hanya kerana tuntutan risalah Nabi SAW, beliau tidak pernah dapat melupakan isteri beliau ini walaupun setelah 14 tahun Khadijah meninggal.

Pada masa penaklukan kota Makkah, orang-orang berkumpul  di sekeliling beliau, sementara orang-orang Quraisy mendatangi beliau dengan harapan beliau mahu memaafkan mereka, tiba-tiba beliau melihat seorang wanita tua yang datang dari jauh.Beliau langsung meninggalkan kerumunan orang ini. Berdiri dan bercakap-cakap dengan wanita itu.Beliau kemudian melepaskan jubah beliau dan menghamparkannya ke tanah. Beliau duduk dengan wanita tua itu.

Aisyah bertanya, ''Siapa wanita yang diberi kesempatan, waktu, berbicara, dan mendapat perhatian penuh Nabi SAW ini?
Nabi menjawab : ''Wanita ini adalah teman Khadijah.''

''Kalian sedang membicarakan apa, ya Rasulullah? '' tanya  Aisyah.

''Kami baru saja membicarakan hari-hari bersama Khadijah.''

Mendengar jawapan beliau ini, Aisyah pun merasa cemburu... '' Apakah engkau masih mengingat wanita tua ini (khadijah), padahal ia telah tertimbun tanah dan Allah telah memberikan ganti untukmu yang lebih baik darinya?''

''Demi Allah, Allah tidak pernah menggantikan wanita yang lebih baik darinya. Ia mahu menolongku di saat orang-orang mengusirku.Ia mahumempercayaiku di saat orang-orang mendustakanku.''

Aisyah merasa bahawa Rasulullah SAW marah.... ''Maafkan aku, ya Rasulullah.''
''Mintaklah maaf kepada Khadijah, baru aku akan memaafkanmu.''

[ Riwayat Bukhari dari Ummul Mukminin Aisyah ]***

Mungkin adacinta seperti itu? yang dapat terus abadi setelah orang yang dicintai  meninggal dunia 14 tahun ?Kerana cinta ini tidak pernah didahului hubungan haram & kerana ketaatan kepada Allah menjadi dasar rumah tangga ini...

Kepada yang dah berniat nak bernikah & bakal menjadi seorang suami / isteri pada masa hadapan kelak... Bagaimana yang korang rasa sekarang??? tidak inginkah korang menjadikan rumah tangga korang seperti ini? Suami membaca Al-Quran bersama isterinya. Betapa agungnya ketika anak-anak mereka turut membaca Al-Quran. Menjelang waktu Subuh tibaaa... si isteri membangunkan suaminya untuk melaksanakan solat Subuh bersama-sama. Seperti apakah rumah ini? terasa indah kan? Sweet kan...?  betapa manisnya, betapa indah cinta di dalam rumah tangga ini....pasti korang dapat menemukan segalanya berubah, then cinta pon bertambah +++ dan Allah melimpahkan barakah-Nya kepada rumah tangga yang dibina itu nanti..insyaAllah  ...



Views Views

MENCARI SANG IDOLA

Budaya kita kini berubah.... ? Budaya Pop menjadi trend... terikut-ikut dengan budaya dari barat...apa yang sudah diidolakan, yang dipuja setinggi langit ...hari ini menjadi idola, besok hilang...? Begitu pendek jangka waktunya ???

Pertanyaan....===> mengapa budaya pop dapat sambutan ? Nie lahhh kesalahan kita...idola pada dasarnya dilihat pada berapa besar ilmu yang dimiliki, TETAPI sekarang banyak yang melihat apa yang telah seseorang itu kerjakan..haishhhh sedih plak aku tgok anak muada dah mula terikut sangat dengan org barat.. sedih kan? Di sini lah masalah mulai timbul..Budaya malu mula hilang, korupsi waktu bulkan lagi sesuatu yang memalukan..

Pertanyaan ke-2....Siapa yang patut diidolakan ???? Jawabnya...Allah sendiri yang menjawab pertanyaan tersebut... '' Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu           (yaitu) bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan (kedatangan) hari kiamat, dan dia banyak menyebut Allah.'' [ Q.S. Al-Ahzab [33]:21 ]

OKEEEEE...jommmmmmm semua mulai sekarang marilah kita refleksi diri kembali.. tmasuk lah peringatan untuk diri aku sendiri.... Untuk mengalihkan idola umat manusia pada idola yang benar, caranya, kita kenalkan pada anak-anak kita sejak kecil ...** opsss pada bakal anak-anak ku kelak sbb x kawin g haha     >< ok fullstop... ** sambung ==> ..... then kita pon sendiri juga mengikuti perilaku hidup beliau dalam kehidupan sehari-hari kita.. Contoh simple ... nak makan? baca doa dulu...jangan main redah lakk hahaha.. 
Views Views

REFLEKSI MAULID NABI


KAMI MENCINTAIMU, YA RASULULLAH...

Ujian yang sebenarnya dari cinta kepada Rasullullah SAW adalah sejauh mana kedekatan seseorang dengan ajaran-ajarannya, kepeduliannya terhadap ajaran-ajaran itu, serta perhatiannya akan sunnahnya.

Cinta kepada Rasulullah SAW adalah ukuran keimanan. Barang siapa ingin menguji kadar keimanan, hendaklah ia merasakan seberapa besar kecintaannya kepada Nabi Muhammad SAW...junjungan kita sekalian alam..Apakah mencintainya melebihi cinta kepada harta? Melebihi cinta kepada puteranya ? bahkan, melebihi cinta kepada diri sendiri ?

Allah SWT juga menetapkan metode yang benar bagi seorang muslim sejati, iaitu mengikuti Nabi yang mulia dan bahawa keiginannya mengikuti apa yang dibawa Nabi Muhammad   SAW, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Rasullullah bersabda : '' Tidak sempurna iman  salah seorang dari kalian hingga keinginanya mengikuti apa yang aku bawa.'' ( HR Abu Ya'la).

Orang-orang yang sangat mencintai Rasullullah SAW, adalah orang-orang yang beruntung kan?? ^_^
Ketika mencintainya... seseorang insan mukmin akan berasa tenteram & tenag, kerana telah sempurna imannya. Ia akan selalu memuji Allah SWT, yang telahmemuliakan kita dengan kurnia & telah mengistimewakan kita dengan manusia terbaik yang pernah ada. Dia telah mengutus bagi kita makhluk yang termulia di sisi-Nya. Dialah pemimpin para  rasul, seorang yang jujur, pemberi petunjuk, dan seorang terpecaya, penutup para nabi dan rasul semuanya.

Dialah yang TERbaik ajarannya & selalu benar ucapannya, hamba yang paling  jujur menyatakan kebenaran, seorang hamba pilihan yang benar dan dibenarkan. Dialah yang berakhlak dermawan dan selalu menunaikan JANJI..

Allah berfirman, '' Sungguh telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami.Dia sangat menginginkan keimanan dan keselamatan bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang beriman.'' QS At-Tawbah (9) : 128

Dialah...RASULULLAH SAW, rahmat yang menjadi anugerah. Dia telah menyampaikan risalah,menunaikan amanah, memberikan nasihat kepada umat. Dia berjihad di jalan Allah hingga ajal menjemput.Dia tidak pernah berbicara kecuali hal itu benar, dan dia tidak pernah melakukan kecualikebaikan. Akhlaknya indah disertai kharisma yang berwibawa dan perangai yang menyantuni.Dialah rahmat yang dihadiahkan kepada umat ini. '' Dan tidaklah Kami mengutus engkau, Muhammad, melainkan untuk menjadi rahmat semesta alam. '' -QS Al-Anbiya' (21): 108.

Jommm kita renung ayat nieee.....Rasullullah bersabda : Ada tiga perkara yang apabila ada pada seseorang niscaya dengannya ia akan merasakan manisnya iman.Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada selain keduanya, dan dia mencintai seseorang hanya kerana Allah,serta dia benci kembali kepada kekufuran sesudah Allah menyelamatkannya dari kufurnya, sebagaimana ia benci apabila dihempaskan ke neraka.'' (HR Al-Bukhari-Muslim)

Views Views

Friday 18 January 2013

LAST DAY PAPER EXAM :)

Alhamdulillah...akhir yew hari yang ditunggu tibaaaa jugak akhirnya hihihihihi...x yah pening2 huhuhu abes paper structure petang td 18 januari 2013...tepat jam 4.45 petang menandakan exam paper dah abessssss fuhhhh lega...Alhamdulillah ^_^

abes paper...balik kolej ===> then ina terus packing baju nak balik Paya Jaras, Sungai Buloh... Along [ Muhammad Fadhli ] ngan abang kembar ina [ Muhammad Faizal ] ...haha sampai 2 orang abang ku datang ambil kat kolej Anggerik...ahakkkkkk pe g sruh diowang tolong angkat beg2 hehe berat nak kendong barang2 sorang2... sbb dukkkk tinggal tingkat tiga... :) hahaha abang kena lah tolong adik angkat barang haha...

sampai jew area Sg.Buloh... makan jap bersama along ngan twin brother d kedai warung...haha tiba2 lak along nak belanja makan...hehe rezeki...alhamdulillah ^_^ pas tuhhhh sampai  rumah... duk kat ruang atamu rumah borak2 ngan adik beradik + kak ipar + anak2 buah...haha lame x jumpe kan? sampai x sedar jam dah kul 12.00.....hihi  mesti diowang smua rindu kat adik nieeee hehehe... dah lame x gelak2 sama ngan adik beradik...haha abang2 aku nie... selalu nak mengena kan aku jew.. haishhhhh >< pe g ajak anak buah maen hihi...


Time borak2 ngan siblings...sempat g call mak abah yang masih di rumah melaka...huhuhu RINDUUUU SESANGATTTTT... hihi sempat berbual panjang nagan mak abah... ^_^ suke yew dapat dengar suara mak abah...emm tapi suara mak tadi macam x bape sihat jew :( ..... smoga mak sihat ea... jangan lupaa makan ubat... Views Views

Tuesday 15 January 2013

PAPER OH PAPER....



pantas kan masa berlalu...? yessss hari nie ''paper estimating''...hehe cepat2 lah sampai ke date paper akhir supaya cepat bebas dari belenggu peperiksaan...yeahhhhh pe pon mjawab dgn sbaik mungkin oriteeeee...


Tepat 7:55 a.m....Tuttttt...tutttttt.... mesej fon berbunyi... lihat pada screen fon ...
tertera 1 mesej '' Salam. Jwb exam elok2.Bykkan selawat. Good luck...''

reaksi ku   : terima kasih Muhammad Asyraf!!!

Reply mesej : ''  Waalaikumsalam.. Yup baikk ! insyaAllah..''


Pagi-pagi nieee masih sempat lak nak mengupdate blog nie.. ^_^  pagi nieee cerah jew cuaca..emm tgok awan macam nak hujan jer... huhu alhamdulillah harap2 segala urusan aku pada hari nie berjalan lancar...sebab petang hari nie nak siap2 ke medan perang...oppsss maksudnya berperang di dewan exam hihihi :)


yuppp... 16 / 1 / 2013.....hari nie nak jawab PAPER ESTIMATING...
paper pukul 2.15 pm hingga 5.15 pm..fuhhhh
Doakan ye smoga ku dapat jawab ngan mudah...
insyaAllah...aminnn hehehehe bsemangat nieee yeahhhh....




Views Views

ISTIKHARAH CINTA...


Bismillahirrahmanirrahim… 
                                                                                                           Subhanallah aku mencintainya.. aku menyayanginya..
walaupun aku tidak tahu siapa insan yang kau ciptakan si dia untukku..
Ya Allah jika aku jatuh cinta..
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu..
Agar bertambah kekuatan cintaku pada-Mu..

Ar-Rahman.... jika aku jatuh hati pada seseorang..
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut kepadaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Biarlah kurang cantik, tetapi akhlaknya dijaga baik. Biarlah tidak manis, tetapi tutur-katanya ditapis.

Dan hanya Engkau Yang Maha Mengetahui...bahawa aku hanya ingin cinta yang halal...atas izin dan kehendak-Mu

Seorang lelaki yang benar ikhlas di dalam perhubungan, tidak akan mempermainkan maruah dan kehormatan wanita itu.. Tidak berani membelai & menyentuhiku sebelum menjadi HALAL...Pasti menjaga kepercayaan seorang wanita..

Aku pasrahkan segalanya pada-Mu Ya Allah...

Aku juga tidak tahu adakah kau jodoh untukku..Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu... Doaku, semoga kau tercipta untukku...Semoga aku bertemu jodoh dengan kau atas izin Allah SWT...

Semoga Allah memudahkan, bagi mereka yang senantiasa menjaga diri, menjaga hati, sampai tiba pada suatu hari nanti...

Semoga dia jodoh dari Illahi..
Aamiin... 
*credit to : Muhammad Asyraf *



NO COUPLE ! CINTA AFTER NIKAH THE BEST WAY ^_^


Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa kepada yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan : Ertinya : ” Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH ” ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami’ As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa).

Syeikh Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)

''Ya Allah, aku memohon kepada-Mu sesuatu yang dalam pengetahuan-Mu & aku memohon kekuatan kudrat-Mu..Aku meminta kepada-Mu sebahagian daripada limpah kurnia-Mu yang Maha Besar.Sesungguhnya, Engkau berkuasa sedangkan aku tidak berupaya.Engkau mengetahui sedangkan aku jahil.Sesungguhnya Engkau juga mengetahui segala yang ghaib.Ya Allah, sekiranya dalam pengetahuan Engkau perkara ini baik dalam urusan agamaku di dunia & baik demi akhiratku, tentukan & permudahkannya untukku..berkati diriku..sekiranya dalam pengetahuan-Mu jika ia membawa keburukan dalam urusan agamaku, dalam urusan hidupku dio dunia & buruk di dalam urusan akhiratku, elakkannya daripadaku.Kemudian, engkau tenntukan apa yang terbaik untuk aku & redhai aku...'' amennnnn...



7 HANTARAN IMPIAN...hahaha :)

1-Senaskah Al-Quran - t boleh baca quran sme2
2-Serangkap kain telekung & sejadah - t boleh smbahyang bjemaah together...best kan?
3-CD Qasidah @ CD lagu koleksi nasyid ... - t bleh alunkan kat dlm rumah..nak dgr selalu :)
4-Buku-buku Motivasi - sebab hobiku sukee baceee hihihi
5-Sehelai Jubah - t g masjid leh pkai ...
6- Sebuah surat monolog hati
7- Minyak wangi - haha pkai kat umah khas tuk die je

simple kan??? x yah buang duit beli bnde mahal2...

cantiknya wanita itu ialah besederhana.. :) Views Views

Friday 11 January 2013

JOM REFRESH HATI !


Bila kita memulakan sesuatu...

Kadang-kadang kita lupa letakkan niat

Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah

Sebab tu bila ada masalah,

Kita cepat menyerah...



Bila kita berniat..
.

Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,

Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,

Sebab tu bila kerja tak menjadi,

Kita mula angkat kaki...



Bila kita berusaha...

Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,

Siang malam kerah tenaga dan masa...

Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,

Kita mudah putus asa...



Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...

Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.

Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.

Sebab tu bila dilanda masalah,

Kita marah tak tentu hala...



Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...


Kadang-kadang kita tetap alpa,

Nak sebut Alhamdulillah pun payah,

Berdoa pun sekali sekala,

Bersyukur sekejap cuma..



Sebab tu bila kita berjaya,


Allah datangkan ujian dan musibah...

Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,

Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..

Membenci diri memusuhi nadi.



Sedangkan..
.

Kita manusia ciptaan Allah,

Bernafas di udara yang sama,

Bila lemah Allah itu ada,

Bila derita Allah itu bersama,

Senang, susah, sedih, gembira...

Allah takkan lupa pada langkah kita.



Tapi sememangnya lahiriah kita,


Kadang-kadang lebih suka dipuji,

Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,

Kadang-kadang lebih suka dicintai,

Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,

Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,

Tapi lupa Allah sedang memerhati...



Sebab itu teruskanlah bermuhasabah pada pencipta,

Kerana dalam firman Allah;

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd:11)"


Kerana itu..

Pada masalah harus bersabar dan redha

Pada ujian harus tabah dan teguh


Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal

Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..



Sama tetapi tidak serupa,


Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana

Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana

Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana

Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...

Di sana itulah yang perlu kita kejar,


Agar dunia mengikuti dengan redha...
Di sana,

Akhirat yang pasti...

Syurga yang terindah,

Atau

Neraka yang menyala!


Views Views

Hati Sebesar Cawan Dan Hati Sebesar Kolam


baca sampai habisssss.... ^_^

 "Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.
Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.
Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.
Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.
Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.
"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.
Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.
" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
" Masin!"
Lelaki tua itu tersenyum lagi.
"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.
"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.
"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.
"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."
"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."
"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."
Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.

Views Views

Wednesday 9 January 2013

PEMUDA YANG INGIN KAHWIN AWAL ?

semalam ternampak kat 1 wall facebook...

TERTERA 1 SHARE  STATUS DI WALL FB :

'Masih ramai yang bertanyakan sang faqir, apakah caranya untuk bernikah dalam usia muda? bagaimana cara hendak sara keluarga dan sebagainya?

Kepada anak-anak muda, yang ingin bernikah dalam usia muda, kalau benar anda bersungguh, sila penuhi jawapan di bawah ini:

'Nyatakan 68 aqaidul Iman beserta syarahnya
Nyatakan rukun syahadah berserta sifat syahadah
Nyatakan Rukun Solat berserta Sifat Solat
Nyatakan keseluruhan hukum tajwid di dalam Al Faatihah.'

Jangan bimbang tentang kerja atau rezeki, anda pasti akan peroleh jawapan dan caranya. InsyaALLAH.''


then... terbaca 1 forum dalam blog .... soalan ye macam nieeee :



''Salam ustaz… saya nak minta pendapat ustaz kalau saya kawin dalam lingkungan umur 20 an..sambil belajar.. cmna sy nak sara isteri sya??

Jawapan:  Wsalam WMT, semoga yang bertanya sentiasa dalam rahmat dan redha ALLAH.


Sang faqir ingin menjawab persoalan di atas secara ringkas dan mudah.


Toyyib, pertama sekali kenalpasti, kenapa hendak berkahwin/nikah?


Andai nikah tersebut kerana ALLAH, untuk beroleh Rahmat dan Redha ALLAH, untuk memenuhi sunnah Rasulullah SAW, untuk elak maksiat.

Maka, percayalah, tidak perlu dirisaukan akan kerezekian, PASTI DAN PASTINYA, ALLAH melorongkan kerezekian dari pelusuk mana jua.

TETAPI, jika nikah tersebut disebabkan nafsu, keinginan hati atau bimbang wanita yang dicintai itu dirampas orang, maka bersedialah untuk hadapi rintangan-rintangan yang penuh onak dan duri walau gaji beratus ribu sebulan.


Hari ini, ramai anak muda takut untuk nikah awal kerana bimbang tiada kerja, tiada rumah, tiada harta dan sebagainya.


Tahukah kalian, Sayyiduna Abu Bakar As Siddiq dan Sayyiduna Umar Al Farouq pernah meminang Sayyiditina Fatimah Az Zahra’, tetapi tidak diterima Rasulullah S.A.W, walau pada hakikatnya kedua-dua Sahabat R.A itu adalah orang yang kaya dan mempunyai kedudukan yang kukuh.
Bahkan selepas itu, Rasulullah S.A.W menikahkan Sayyiditina Fatimah Az Zahra’ dengan Sayyiduna Ali KWJ, seorang pemuda yang miskin, tidak punya harta, malahan mas kahwinnya hanya 3 biji kurma.   
Apakah iktibarnya di sini?



Bukan harta, jawatan atau kedudukan yang kukuh penjamin kebahagiaan rumahtangga. Tetapi ILMU yang ada manfaat dalan kehidupan di dunia sebagai bekalan di akhirat adalah asbab kepada jaminan kebahagiaan dunia dan akhirat, yang di dalamnya ada Rahmat dan Redha ALLAH.

Ramai hari ini ibubapa apabila ingin memilih menantu lelaki, soalan yang ditanya kerja apa, kerja di mana, pangkat apa, kereta apa dan sebagainya.

Berapa ramai yang tanya, Al Quran sudah berapa kali khatam? Apakah Aqaidul Iman? Apakah Sifat2 Solat? Apakah Sifat2 Syahadah? Berapa hukum tajwid dalam Al Faatihah?

Di sinilah, perhatikan semula kedudukan kita. Kepada yang bertanya, jika antum boleh menjawab soalan ini:

‘Nyatakan 68 aqaidul Iman beserta syarahnya
Nyatakan rukun syahadah berserta sifat syahadah
Nyatakan Rukun Solat berserta Sifat Solat
Nyatakan keseluruhan hukum tajwid di dalam Al Faatihah.’

Maka, janganlah antum bimbang, YAKINlah antum bakal menjadi seorang Imam yang terbaik bagi pasangan antum biarpun tidak berharta.

Yakinlah rezeki itu dari ALLAH.''





Kalau memang sedang tahap ta'aruf terhadap seseorang, tidak perlu kita terlalu over dalam bersikap...walau rasa ingin berdekatan dipendam dalam hati dulu , insyaALLAH sudah lebih cukup....

Mintalah pada Allah,,, Sang Penguasa semua hati. Minta yang terbaik dari sisi_Nya,,,Allah akan beri.

Kalau ia memang memenuhi kategori, tinggal memantapkan diri, persiapkan diri....


Semoga Allah memudahkan, bagi mereka yang senantiasa menjaga diri, menjaga hati, sampai tiba pada suatu hari nanti...


Semoga dia jodoh dari Illahi..


Aamiin...



Berkahwin bukan semata-mata kerana cinta tetapi untuk menyempurnakan agama.
Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain.”

Daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia.

Berkahwin kerana kesempurnaan dan kecantikan, suatu masa nanti tatkala kau jumpa kelemahannya, kau akan mula berasa hampa dan tidak berguna.
Oleh itu, berkahwinlah kerana agama.  Perbetulkan niat kerana Allah yang lebih utama.  Bukan berharap pada kesempurnaan dia semata-mata, tetapi tekadlah untuk sama-sama melengkapi kekurangan diri.  Sama-sama membimbing ke jalan yang diredai.


Dalam surah An-Nur ayat ke 32 terjemahannya:

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

 Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi


Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. 

Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? 
Bertanggungjawab sudahkah saya? 
Adakah saya panas baran atau penyabar? 
Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut?
Walau apa pun jawapannya ...Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin kan ? .... 
Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.


ahakkkkkk kalau pemuda nak kahwin awal memang xde masalah hahahaha...dah terjawab pertanyaan status di atas itu...


** Perkongsian ilmu ..



Views Views

KRONOLOGI YANG WAJIB DIFAHAMI OLEH UMAT ISLAM KINI

Kronologi 1: ANDA BERADA DI ZAMAN MANA?
Mengikut Rasulullah SAW melalui hadis-hadis sahih, kronologi umat ini akan berlangsung seperti berikut:
Fasa 1: Kenabian
Iaitu mereka yang hidup pada masa Rasulullah SAW masih hidup. Mereka ini ‘Taat dan Patuh’ pada setiap yang Allah dan RasulNya khabarkan.
Fasa 2: Khalifah Ar Rasyidin An Nabiyin
Iaitu berada di bawah pemerintahan khalifah-khalifah yang menjalankan system dan kaedah seperti mana yang di anjurkan oleh Rasulullah SAW iaitu di bawah 4 Khalifah terkemuka Islam iaitu Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali.
Kaedah pemilihan kekhalifahan pada fasa ini adalah dengan cara pemilihan dalam musyawarah, dan bai’ah
Fasa 3: Raja-Raja Yang Menggigit
Disebut raja-raja adalah kerana kekhalifahan Islam semasa itu mengamalkan kaedah atau system beraja di mana Bapa akan menurunkan tahtanya kepada anaknya.
Masa ini walaupun Islam di bawah satu payung, tetapi ada kalanya pemerintahannya tidak menjalankan agama, kerana bukan semua anak-anak akan menjalankan syiar Islam.
Tetapi waktu sebegini, umat Islam masih dibawah satu pemerintahan
Fasa 4: Zaman Gelap
Iaitu suatu zaman di mana umat Islam berpecah menjadi lebih dari 73 golongan dan hanya mementingkan lingkaran masing-masing tanpa memperdulikan nasib dan kebajikan golongan yang lain.
Dalam setiap golongan ini, pemerintah mereka akan mengamalkan kaedah ‘Raja-Raja yang memegang cambuk/cemeti’ iaitu mereka akan menggunakan ‘kekuasaan ketenteraan’ untuk mengekang ‘kebenaran’ bagi mengekalkan kekuasaan mereka sebagaimana Firaun.
Dalam zaman kegelapan inilah ‘penyakit ‘wahhan’ disebarkan dan Umat Islam akan mengikuti ‘Yahudi dan Nashara’ walaupun mereka itu memasuki lubang biawak sekalipun.
Waktu inilah juga Islam itu kembali ‘Dagang’ seperti semasa kedatangan Islam di fasa kenabian kerana waktu ini manusia yang mengajak kepada ‘kebenaran’ akan dianggap menyalahi kehendak dan kemahuan seluruh umat kerana ‘kami hanya mengikuti apa yang Ibu Bapa kami nyatakan’ bukannya seperti apa yang Rasulullah nyatakan.
Pada zaman inilah akan berkembangnya ‘fitnah’ seumpama keping-keping malam yang jatuh, Wanita ‘berpakaian’ tetapi ‘telanjang’, ‘Musik’ berleluasa sehingga memasuki masjid-masjid, ,’Arak’ dan ‘Judi’ di jual ditepi-tepi jalan, ‘Maksiat dan Zina’ berleluasa, ‘anak-anak zina’ bertambah dalam bilangan yang besar, Masjid-masjid dibina untuk bermegah-megah dan bukannya untuk ‘ibadah’ dan akan terbiar kosong tanpa ‘di imarahkan’.
Pada zaman inilah umat Islam hanya memberi ‘salam’ hanya kepada orang yang mereka kenali sahaja, ‘Ulama’ dimatikan tetapi tiada lagi pengganti yang seumpama mereka dan lebih dahsyat lagi ialah pada zaman inilah mereka yang bergelar Para Ulama menjadi punca terbitnya ‘Fitnah’ kerana dari merekalah akan tersebarnya kekalutan dalam ‘beragama’ dan akan tersebarnya ‘perpecahan’ umat kerana ‘ceteknya’ ilmu mereka walaupun pada mata kasarnya mereka itu seperti ‘berilmu tinggi’.
Pada penghujung zaman inilah akan lahirnya ALMAHDI, AL MASIH DAJJAL akan menampakkan dirinya, akan turunnya AL MASIH ISA PUTRA MARYAM dan akhirnya ‘YAKJUJ DAN MAKJUJ’ akan menampakkan dirinya yang sebenar.
Sudahkah anda dapat melihat dengan jelas sejelas-jelasnya dimanakah Fasa yang sedang kita berada sekarang ini? Jika anda belum dapat melihatnya, wasiat saya untuk kalian seluruhnya, janganlah melihat dengan ‘satu mata’ kerana Allah menganugerahkan untuk kita ‘dua mata’, janganlah hanya melihat dengan ‘mata zahir’ sahaja, tetapi lihatlah juga dengan ‘mata hati’ yang Allah berikan kepada kita.
Sesungguhnya, manusia yang melihat dengan satu mata sahaja yang akan menjadi ‘pengikut’ Al Masih Dajjal kerana Al Masih Dajjal itu hanya mempunyai satu mata. Ingatlah Allah menyuruh kita menggunakan kedua-dua mata yang Allah anugerahkan untuk kita.
Sesungguhnya jika dipanjangkan umur oleh Allah SWT, tentunya kita akan dapat melihat dengan mata kita sendiri akan kelahiran AL MAHDI, turunnya AL MASIH DAJJAL, turunnya AL MASIH ISA PUTRA MARYAM dan akhirnya berleluasanya YAKJUJ DAN MAKJUJ.
Ketahuilah bahawa kebanyakan manusia sudah mulai merasai keperitan zaman kegelapan ini, keluh kesah telah mulai kedengaran dan suara-suara yang mengajak kepada ‘kebenaran’ sudah mulai dialunkan. Inilah petandanya bahawa sesungguhnya zaman kegelapan ini sudah hampir sampai kepada penghujungnya.
Aku berwasiat kepada diri ku, kepada anak cucu dan seluruh keturunanku juga kepada kalian saudara-saudaraku semua untuk mempersiapkan diri. Sesungguhnya kesengsaraan yang dahsyat akan melanda bumi, peperangan yang besar akan meletus dan ‘Ujian’ keimanan kita akan diperhebatkan.
Ketahuilah bahawa pada hari pertama Al Masih Dajjal itu membukakan dirinya, ‘sehari’ yang kita lalui akan dirasakan seperti setahun, sebulan dan seminggu. Tahukah kalian kenapakah hal itu berlaku? Demikianlah keperitan hidup yang akan dilalui oleh mereka yang ingin mengekalkan ‘iman’ mereka, kerana hari itu, keperitan yang dahsyat akan berlaku sehingga kita akan menghitung setiap detik yang berlalu dan kita akan merasakan bahawa hari yang kita lalui itu sedemikian panjang.
Ketahuilah bahawa dia akan memerintah dunia selama 40 hari, walaupun pendek waktunya, tetapi besar kesengsaraan yang akan kita lalui kecuali bagi mereka yang akan menjadi pengikut-pengikutnya kerana dia membawa syurga dan neraka bersama dengannya.
Aku berwasiat kepada kalian, bahawa ‘Syurga’ yang di bawanya itu adalah merupakan ‘Neraka’ di Akhirat, dan ‘Neraka’ yang dibawanya adalah merupakan ‘Syurga’ di Akhirat.
Aku juga berwasiat kepada kita semua, bahawa sesudah kematian ‘Dajjal’, maka timbullah Yakjuj dan Makjuj yang akan berperang sesama mereka, banyak kerosakan yang akan berlaku, benyak kesengsaraan yang akan dialami. Kerana itu, berhati-hatilah.
FASA 5: Zaman Kenabian Al Masih Isa a.s
Sesudah turunnya Al Masih Isa Putra Maryam a.s, dia akan membunuh Dajjal, mematahkan salib dan membunuh babi. Dia juga akan membawa umat ini kepada jalan keselamatan dari ‘Yakjuj dan Makjuj’ sehingga hancurlah mereka itu. Kehidupan selepas itu akan kembali tenang dan damai dan manusia akan dapat melaksanakan tuntutan Imannya.
Misi Al Masih Isa Putra Maryam akan terlaksana dalam masa 40 tahun dan sesudah terlaksananya misi yang Allah berikan kepadanya, dia akan kembali kepada Allah SWT dengan cara wafat seperti wafatnya manusia.
FASA 6: Kembalinya zaman Khulafa Ar Rasyidin An Nabiyin
Seperti mana zaman Khulafa Ar Rasyidin selepas Zaman Kenabian Rasulullah SAW, sedemikian itu jugalah akan berlangsungnya zaman Khulafa Ar Rasyidin selepas Zaman Kenabian Al Masih Isa.
Tidaklah kita mengetahui tempoh waktu tertegaknya zaman itu. Tetapi sesuatu yang pasti ialah bahawa zaman itu akan bermula sebagai zaman kegemilangan, di mana diwaktu itu, tidak akan ada lagi manusia yang akan menjadi miskin.
FAZA 7: Zaman Kegelapan yang Pekat:
Sesungguhnya, ini adalah merupakan fasa yang terakhir dalam umur dunia ini. Ketika datangnya zaman kegelapan yang pekat ini, manusia akan kembali ke zaman jahiliah. Perebutan harta akan berlaku dengan dahsyat, Nabi Isa a.s akan kembali dituhankan dan tiada lagi orang yang akan mengucapkan ‘Kalimah Syahadah’.
Madinah akan ditinggalkan dan tidak akan ada yang akan menziarahi makam Rasulullah SAW lagi walaupun oleh orang-orang arab quraish sendiri, Amalan Haji akan terhenti Kaabah akan diruntuhkan dan Makkah tidak akan dikunjungi lagi sehingga yang tinggal hanyalah kesan-kesan sejarah.
Pada zaman inilah bumi akan digoncangkan dengan kegoncangan yang dahsyat, bumi, bulan dan matahari akan di hancurkan menjadi debu-debu yang berterbangan dan seluruh ruang angkasa akan kembali kosong, yang ada hanyalah debu-debu yang berselerakkan. Itulah hari KIAMAT iaitu hari yang telah dijanjikan oleh Allah SWT dan hari itu pasti terjadi.
Wallah hu aqlam.
PERKONGSIAN ILMU :)
Views Views

SEORANG MUSLIM MENGORAK LANGKAH


Seorang Muslim tidak boleh lembek,
mereka kena SEGAK,
selalu bersemangat di depan non-muslim,
selalu duduk di depan menjadi pemimpin,
sentiasa yakin.

Tahukah kita?
pembawa panji seluruh alam,
Rasulullah dan sahabat disegani seluruh alam.

Tahukah kita ?
jiwa mereka sangat besar,
personaliti mereka mengAWWkan sesiapa yang pandang,

Alhamdulillah,
kita terpilih menyarung jersi ini,
diberikan amanah menyebarkan islam.

Oleh itu,
marilah menjadi olahragawan,
ingatlah Allah Maha Melihat isi hati hambaNya,

Percayalah, 
Allah itu dekat, 
cintaNya itu luas,
maka hayatilah Al-Quran.

Mulai saat ini,
mari berlari selaju boleh,
InsyaAllah kelak syurga menanti,
tapi usaha kena mantap,
itulah syaratnya!.

Kegarisan..sedia..mulaa,
berlarilah laju,
sedaya upaya dan sehabis baik,
garis penamat itu kematian.

Selagi jantung berdegup dan nadi berdenyut,
jangan sia-siakan peluang ini,
pintu masih terbuka untuk kita beramal.

"Belajar rajin-rajin ya?" pesanan semua parent,
yang pasti kita pernah dengari,
sebab mereka harap,
kita menjadi SOMEBODY di dunia,
dan lebih penting di akhirat.

Jom janji,
cinta Allah, Rasul dan parents,
tanam impian yang lebih tinggi,
amal dengan ilmu.

***sumber : antibodyjiwaproduction

~ From Him we've come, to Him we'll return ~

Views Views

Monday 7 January 2013

TIPS BEKALAN TEMPUHI JALAN DI UNIVERSITI


1)  Luruskan niat.

Dalam apa-apa perbuatan pun, persoalan niat mesti diutamakan dan diberi penekanan.  Niat merupakan sebab kepada perbuatan itu samada diterima atau ditolak, samada untung atau rugi.  Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
ِاِنَّمَا الاَعْمَالُ بِالنِّيَّات
“Semua amalan adalah dinilai dengan niat.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)
Jadi, luruskanlah niat kalian.  Dan niat yang paling lurus dan beruntung ialah apabila kita niatkan kerana ALLAH Ta`ala.  Tidak kiralah apa pun jurusan yang kalian ambil, luruskanlah niat kalian kerana ALLAH Ta`ala.  Dunia ini milik ALLAH dan jiwa kita adalah milik ALLAH.  Maka sepatutnyalah kita belajar untuk berkhidmat kepada ALLAH Ta`ala.

2)  Fokus kepada matlamat.

Selain niat, matlamat perbuatan juga mesti jelas.  Matlamat dapat memandu kita ke arah tempat yang dituju.  Tanpa matlamat, tentu perjalanan kita akan hilang arah.
Masalah yang berlaku kepada saya dan orang ramai bukanlah tiada matlamat, tetapi tidak fokus kepada matlamat.  Disebabkan tidak fokus, perjalanan dalam dunia belajar di universiti bisa tersadai atau kurang cemerlang keputusannya.  Justeru, kalian mesti fokus dengan matlamat kalian.
Kalian tentu sahaja mempunyai matlamat masing-masing yang telah terbit dari hati nurani kalian.  Terpulanglah, asal sahaja matlamat itu tidak merosakkan diri kalian.  Samada matlamat kalian belajar di universiti ingin mendapatkan habuan dunia atau akhirat, semuanya mesti fokus.  Jika hilang fokus, maka matlamat akan kabur.
Dan ingin saya mengingatkan kalian akan matlamat kepada semua matlamat yang telah difirmankan ALLAH `Azza wa Jalla kepada RasulNYA sallAllahu `alaihi wasallam:
ِوَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَ الْاِنْسَ اِلَّا لِيَعْبُدُوْن
“Dan tidak AKU telah jadikan golongan jin dan golongan manusia kecuali untuk mengabdikan diri (kepadaKU).”
(Adz-Dzariyaat, 51:56)
Sepanjang menjalani kehidupan di universiti, jangan sekali-kali kalian hilang fokus dari matlamat yang ini.  Ia matlamat yang paling utama.  Ia matlamat kenapa kita dijadikan.  Ia matlamat sepanjang hidup.  Samada kalian cemerlang di universiti atau kurang cemerlang atau tidak cemerlang, matlamat inilah yang kalian mesti fokus betul-betul.

3)  Jagalah syariat ALLAH

Seterusnya, jagalah syariat dan hak ALLAH seperti tidak sesekali mensyirikkanNYA dengan sesuatu, jaga dan kerjakan solat-solat yang difardhukan, puasa Ramadhan, menutup aurat dan semua yang wajib dalam ajaran Islam.
Jika kalian menjaga syariat dan hak ALLAH, pastinya perjalanan kalian semasa di universiti dijagai ALLAH Ta`ala.  DIA akan memberikan kepada kalian petunjuk kepada kebenaran, jalan keluar dari bermacam-macam masalah dan rezeki dari berbagai-bagai punca.  Lalu memudahkan kembara ilmu kalian semasa di universiti nanti, insyaALLAH.
Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah menjanjikan hal ini dengan katanya:
َاِحْفَظِ اللهَ يَحْفَظْك
“Jagalah ALLAH, nescaya DIA jaga kamu.”
(HR at-Tirmidzi, katanya hasan sahih)

Jagalah hak ALLAH!
Jagalah hak ALLAH, nescaya DIA akan jaga kalian dunia dan akhirat.  InsyaALLAH akan terbit jati diri yang jitu dari dalam diri kalian jika kalian benar-benar berdisiplin dan jaga sungguh-sungguh akan hak ALLAH.  Kalian tidak akan tergelincir.  Dan jika kalian tergelincir pun, kalian akan mudah bangun kerana ALLAH jaga kalian.

4)  Pilih kawan dan lingkungan yang baik.

Ramai yang berubah disebabkan oleh kawan dan lingkungan.  Jika berubah kepada yang lebih baik, tentu sahaja ia suatu yang baik.  Apa yang dikhuatirkan ialah jika perubahan yang menimpa diri kalian ialah perubahan yang negatif.
Bukan sedikit yang berubah dari baik kepada kurang baik atau tidak baik.  Ia banyak sekali.  Mata ini telah melihat banyak sekali perubahan tersebut.  Dan majoriti sebab kepada perubahan itu ialah akibat dari pengaruh kawan atau lingkungan.
Di universiti ada banyak persatuan, pergerakan dan kumpulan yang boleh disertai secara langsung atau tidak langsung.  Kesemuanya boleh mempengaruhi cara kalian bersosial dan berinteraksi.  Ia boleh dijadikan medan yang baik untuk kalian membentuk karisma diri dan pola fikir sebelum kalian masuk ke dunia yang penuh cabaran iaitu dunia pekerjaan, rumahtangga dan kemasyarakatan.  Universiti adalah mini masyarakat yang di dalamnya kalian boleh memainkan peranan masing-masing.
Tapi awas, dalam keenakan kalian bersosial sesama sendiri, semuanya itu akan terkesan pada diri kalian.  Jika kawan atau lingkungan yang kalian pilih itu suka enjoy, maka enjoylah kalian.  Jika mereka kaki games/movies, maka ber’games/movies’lah kalian.  Jika mereka kuat berjalan, maka berjalanlah juga kalian.  Jika mereka selalu berbohong, maka berbohonglah kalian.  Jika mereka selalu bicara tentang wang, wanita dan kedudukan, maka begitulah juga kalian.
Tetapi jika sebaliknya kawan atau lingkungan kalian selalu berbicara tentang perjuangan, tentang amanah, tentang masa depan, tentang pembangunan masyarakat, tentang hidup bermaruah, tentang agama, tentang keadilan, tentang syurga, tentang neraka, tentang ALLAH, maka insyaALLAH kalian akan begitu juga.  Ma sha’ ALLAH, beruntunglah kalian.
Hal mengenai pengaruh kawan atau lingkungan ini pernah disabdakan oleh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang lebih kurang maksudnya:
“Kawan yang soleh ibarat penjual minyak wangi.  Jika dia tidak memberimu minyak wangi, kamu akan dapat mencium keharumannya.  Sedangkan kawan yang buruk ibarat tukang besi.  Jika kamu tidak terkena apinya, kamu  tentu akan terkena asapnya.”
(HR al-Bukhari)
Jadi, berhati-hatilah dalam memilih kawan dan lingkungan.  Sungguh, pemilihan kawan dan lingkungan sangat penting dalam pembentukan diri.   Jika tidak 100% ia memberi kesan kepada kalian, pasti tertempias juga barang sedikit. Tidak salah cerewet dalam hal memilih kawan dan lingkungan.  Kerana cerewet dalam hal yang boleh menyelamatkan diri dari kebinasaan adalah cerewet yang mulia.

5)  Mintalah hidayah dan taufiq dari ALLAH sepanjang masa.

Perjalanan hidup kalian di universiti hendaklah diiringi sepanjang masa dengan permohonan hidayah dan taufiq daripada ALLAH Ta`ala.  Hasrat hati mahu berjaya dikhuatiri diacu oleh iblis yang dilaknati ALLAH.  Kita risau sepanjang perjalanan mengecap kejayaan itu kita langgar perintah ALLAH, kita cuai suruhan ALLAH dan terhijab dari kebenaran dari sisi ALLAH.
Betapa ramai yang terpesong dalam perjalanan mereka menuju kejayaan yang dihajati.  Dan betapa ramai juga yang terpesong jalan mereka setelah berjaya memeluk kejayaan yang mereka impikan.
Mintalah pada ALLAH akan hidayah dan taufiqNYA.  Mohonlah perlindungan ALLAH dari keburukan diri kalian dan kejahatan amal perbuatan kalian.  Di dalam solat sentiasa kita memohon dengan ALLAH akan hidayah dan taufiq melalui surah al-Fatihah yang kita baca setiap rakaat.  Jika 17 rakaat kita solat sehari semalam, maka 17 kali jugalah kita meminta dengan ALLAH akan petunjuk.  Jika solat lebih dari itu, maka lebih banyaklah kekerapan kita memintanya.
ََاِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْم
“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus”
(Surah al-Fatihah)
Pintalah juga dari ALLAH agar DIA tidak membiarkan kalian melangkah sendirian dalam mengejar cita-cita kalian.  Pohonlah agar ALLAH sentiasa membimbing dan memperbaiki kita.  Nabi sallAllahu `alaihi wasallam pernah mengajar kepada Fatimah akan suatu doa yang sangat syahdu maknanya, iaitu:
َيَا حَيُّ يَا قَيُّوم بِرَحْمَتِكَ اَسْتَغِيث اَصْلِحْ لِي شَأنِي كُلَّهُ وَلَا تَكِلْنِي اِلَى نَفْسِي طَرْفَة عَيْن
“Wahai Yang Maha Hidup, wahai Yang Maha Berdiri Sendiri.  Dengan rahmatMU aku memohon pertolongan, perbaikkanlah untukku urusanku seluruhnya.  Dan janganlah ENGKAU serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”
(HR Nasa’i, al-Bazzar & al-Hakim, dinilai hasan oleh Nasiruddin al-Albani)
Doa ini juga baik untuk dibaca selalu dengan penuh pengharapan:
َ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِك
“Ya ALLAH wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan Semua Hati, tetapkanlah hatiku ini di atas agamaMU.”
(HR at-Tirmidzi)
Doa di atas selalu dibaca oleh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam dan diikuti amalan ini oleh para sahabat, tabi`in, tabi`ut tabi`in dan orang-orang soleh selepas mereka.  Justeru, amalan memohon kepada ALLAH agar ditetapkan hati di atas agamaNYA sewajarnya dipohon selalu oleh kita.
Dan doa berikut ini mesti dibaca setiap waktu dan dihayati sungguh-sungguh akan maknanya serta dipinta kepada ALLAH dengan penuh baik sangka, harap dan tawakkal, iaitu:
ِرَبَّنَا اَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Tuhan kami, kurniakanlah buat kami di dunia dengan kebaikan dan di Akhirat dengan kebaikan dan peliharalah kami dari azab api neraka.”
(Surah al-Baqarah, 2:201)
Pada doa ini terhimpun semua kebaikan padanya.  Jika doa-doa yang lain tidak sempat hendak dipohon, memadailah doa ini merangkum semua hajat-hajat kita yang baik-baik melalui doa di atas.
Berdoalah kepada ALLAH sungguh-sungguh dengan penuh sedar dan harapan.  Jangan sambil lewa ketika meminta daripadaNYA.

6)  Tambahi ilmu agama dan fahamkannya.

Semasa berada di universiti kalian bukan berada di gedung-gedung beli-belah, pasar-pasar atau majlis keraian.  Tetapi kalian sedang berada di dalam gedung ilmu yang suasananya suasana ilmu, ruhnya ruh ilmu.  Justeru, manfaat sungguh-sungguh akan suasana keilmuan yang ada padanya ketika kalian berada di dalamnya.
Selain ilmu-ilmu dan kemahiran-kemahiran yang kalian cuba dalami dalam bidang masing-masing, jangan lupakan pada ilmu-ilmu agama yang merupakan sebab untuk kalian mendapatkan kebaikan dari sisi ALLAH.
Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ada bersabda mengenai hal ini iaitu:
ِمَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّين
“Barangsiapa yang dikehendaki ALLAH kebaikan pada dirinya, dia akan difahamkan pada agamanya.”
(HR al-Bukhari & Muslim)

Usahalah untuk faham ilmu agama
Rapatkan diri kalian kepada masjid, majlis ilmu, kitab-kitab agama dan orang-orang berilmu tatkala kalian di universiti.  Jangan buang peluang ini apabila berada di universiti.  Ketika inilah kalian berpeluang memperbaiki amal dan menambah ilmu dan memantapkan kefahaman agama.  Sibukkanlah diri kalian bagi memahamkan diri kalian akan agama kerana ia ‘benchmark’ ALLAH mahukan kebaikan buat kalian.
Jika masa kalian ALLAH sibukkan dengan peningkatan diri terhadap ilmu agama, maka ketahuilah bahawa ALLAH sedang meletakkan kebaikan kepada diri kalian.  Tetapi jika sepanjang kalian tinggal di universiti kalian sibuk dengan hal-hal lain, maka muhasabahlah diri.  Dikhuatiri ALLAH sedang membiarkan kalian tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang mahu diberikan kebaikan dari sisiNYA.
Antara doa yang baik dibaca ialah:
اَللَّهُمَّ رَبِّيْ زِدْنِيْ عِلْمًا وَ ارْزُقْنِيْ فَهْمًا
“Ya ALLAH, Tuhanku, tambahilah diriku akan ilmu dan kurniakanlah buatku kefahaman.”

7)  Risau dan harap

Ada yang mengatakan dia risau, seram dan takut untuk berhadapan dengan kehidupan di universiti.  Jika kalian berasa risau, seram atau takut akan cabaran yang bakal terhidang di dalam dunia universiti, ya ia perasaan yang wajar ada pada diri kalian.  Kerana telah ramai yang gagal mengawal diri lantaran jati diri yang lemah.  Kehidupan universiti yang agak bebas telah mencabut perasaan malu dari banyak pemuda dan pemudi.  Ramai hilang kawalan dipandu nafsu.
Jadi, perasaan risau atau takut yang ada pada diri kalian akan membuatkan kalian sentiasa awas dan waspada.  Kalian tidak akan semborono di sana.  Kalian akan menempuhi kehidupan di universiti ibarat berjalan di jalanan yang penuh duri.  Hati-hati dan penuh waspada.
Cuma, janganlah keterlaluan dalam mempunyai perasaan risau dan takut itu.  Datangkanlah juga perasaan harapan yang menggunung di dalam hati kerana kehidupan di universiti juga tersedia di sana seribu perkara positif dan indah untuk dinikmati dan dipelajari.
Sepanjang menjalani kehidupan di universiti, jalanilah ia dengan rasa risau dan harap berselang-seli secara sederhana.  Mungkin ada yang rasa terlalu risau dan takut ketika berada di sana.  Dan ada pula yang terlalu yakin lantaran besarnya harapan dalam hati untuk berjaya.  Imbangilah rasa risau dan harap itu dengan sederhana.
Rasa risau kepada kegagalan akan membuatkan kalian berhati-hati dan waspada terhadap semua yang menanti di hadapan.  Kalian tidak akan terlalu yakin sehingga menyebabkan kalian terbabas.
Rasa harap kepada kejayaan akan membuatkan kalian segar bugar dan bermotivasi untuk mengecap kejayaan.  Kalian tidak akan terlalu murung lantaran terlalu risau dan takut kepada kegagalan.
Gabungan kedua-dua rasa risau dan takut ini secara seimbang dan sederhana insyaALLAH akan menatijahkan kebaikan buat kalian.  Kalian akan memperolehi emosi dan fikiran yang rasional menghadapi semua mehnah yang tersedia di sepanjang jalan perjuangan ketika di universiti, insyaALLAH.

8)  Tawakkal kepada ALLAH.

Sifat tawakkal kepada ALLAH iaitu berserah diri kepada ALLAH selepas melakukan usaha yang gigih adalah suatu sifat yang penting mesti ada pada diri kalian sepanjang kehidupan di universiti.  ALLAH akan mencukupkan kalian jika kalian bertawakkal kepadaNYA.  ALLAH Ta`ala berfirman:
ُوَمَن يَّتَوَكَّلْ عَلَى اللهِ فَهُوَ حَسْبُه
“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH, maka DIA akan mencukupkan (keperluan)nya.”
(Surah at-Tolaq, 65:3)
Natijah samada baik atau tidak hasil dari usaha kalian belajar dan hidup di universiti itu, serahkanlah pada ALLAH.  Pasti ada hikmah pada apa yang berlaku pada diri kalian hasil dari bertawakkal kepada ALLAH.  Dengan syarat, tawakkal itu tawakkal yang betul iaitu menyerahkan urusan yang kalian lakukan itu kepada ALLAH selepas berusaha dengan penuh sungguh-sungguh, tekun dan betul cara dan kaedahnya.
-
Itulah sebahagian nasihat umum yang sangat asas yang mampu saya kongsikan dengan adik-adik sekalian yang bakal melanjutkan diri ke universiti.  Banyak lagi tips-tips dan nasihat-nasihat boleh diperolehi daripada orang lain jika kalian bertanya dengan mereka.
Apa yang tersenarai di atas bukan sahaja boleh dipakai nasihatnya untuk dijadikan bekalan menempuh universiti iaitu institusi tempat kalian bakal belajar di sana. Tetapi juga boleh dijadikan panduan dan bekalan untuk menempuhi ‘universiti kehidupan’ yang jauh lebih mencabar dan penuh ujian, insya ALLAH. Semoga ALLAH pelihara kita semua dengan hidayah dan taufiqNYA, amin.
Sekadar berkongsi,
muzir.wordpress.com
Views Views