ASSALAMMUALAIKUM...nie blog ERLINA ROSLAN ^_^ terima kasih sudi membaca huhu esok datang lagi yee.. n nak ucap gakkkk terima kasih spe yang sudi singgah di blog ina ....cuma cuma nak cakap skitt hehe ::SAYANG KAT MAK AYAH kowang ketat-ketat tawww..Doakan kan diorang selalu...IBUUUU kita tidak akan menangis apabila kita membuat keputusan yang betul. Beliau menangis apabila kita mensia-siakan hidup kita. ingatt tuee... ^_^

Wednesday 9 January 2013

PEMUDA YANG INGIN KAHWIN AWAL ?

semalam ternampak kat 1 wall facebook...

TERTERA 1 SHARE  STATUS DI WALL FB :

'Masih ramai yang bertanyakan sang faqir, apakah caranya untuk bernikah dalam usia muda? bagaimana cara hendak sara keluarga dan sebagainya?

Kepada anak-anak muda, yang ingin bernikah dalam usia muda, kalau benar anda bersungguh, sila penuhi jawapan di bawah ini:

'Nyatakan 68 aqaidul Iman beserta syarahnya
Nyatakan rukun syahadah berserta sifat syahadah
Nyatakan Rukun Solat berserta Sifat Solat
Nyatakan keseluruhan hukum tajwid di dalam Al Faatihah.'

Jangan bimbang tentang kerja atau rezeki, anda pasti akan peroleh jawapan dan caranya. InsyaALLAH.''


then... terbaca 1 forum dalam blog .... soalan ye macam nieeee :



''Salam ustaz… saya nak minta pendapat ustaz kalau saya kawin dalam lingkungan umur 20 an..sambil belajar.. cmna sy nak sara isteri sya??

Jawapan:  Wsalam WMT, semoga yang bertanya sentiasa dalam rahmat dan redha ALLAH.


Sang faqir ingin menjawab persoalan di atas secara ringkas dan mudah.


Toyyib, pertama sekali kenalpasti, kenapa hendak berkahwin/nikah?


Andai nikah tersebut kerana ALLAH, untuk beroleh Rahmat dan Redha ALLAH, untuk memenuhi sunnah Rasulullah SAW, untuk elak maksiat.

Maka, percayalah, tidak perlu dirisaukan akan kerezekian, PASTI DAN PASTINYA, ALLAH melorongkan kerezekian dari pelusuk mana jua.

TETAPI, jika nikah tersebut disebabkan nafsu, keinginan hati atau bimbang wanita yang dicintai itu dirampas orang, maka bersedialah untuk hadapi rintangan-rintangan yang penuh onak dan duri walau gaji beratus ribu sebulan.


Hari ini, ramai anak muda takut untuk nikah awal kerana bimbang tiada kerja, tiada rumah, tiada harta dan sebagainya.


Tahukah kalian, Sayyiduna Abu Bakar As Siddiq dan Sayyiduna Umar Al Farouq pernah meminang Sayyiditina Fatimah Az Zahra’, tetapi tidak diterima Rasulullah S.A.W, walau pada hakikatnya kedua-dua Sahabat R.A itu adalah orang yang kaya dan mempunyai kedudukan yang kukuh.
Bahkan selepas itu, Rasulullah S.A.W menikahkan Sayyiditina Fatimah Az Zahra’ dengan Sayyiduna Ali KWJ, seorang pemuda yang miskin, tidak punya harta, malahan mas kahwinnya hanya 3 biji kurma.   
Apakah iktibarnya di sini?



Bukan harta, jawatan atau kedudukan yang kukuh penjamin kebahagiaan rumahtangga. Tetapi ILMU yang ada manfaat dalan kehidupan di dunia sebagai bekalan di akhirat adalah asbab kepada jaminan kebahagiaan dunia dan akhirat, yang di dalamnya ada Rahmat dan Redha ALLAH.

Ramai hari ini ibubapa apabila ingin memilih menantu lelaki, soalan yang ditanya kerja apa, kerja di mana, pangkat apa, kereta apa dan sebagainya.

Berapa ramai yang tanya, Al Quran sudah berapa kali khatam? Apakah Aqaidul Iman? Apakah Sifat2 Solat? Apakah Sifat2 Syahadah? Berapa hukum tajwid dalam Al Faatihah?

Di sinilah, perhatikan semula kedudukan kita. Kepada yang bertanya, jika antum boleh menjawab soalan ini:

‘Nyatakan 68 aqaidul Iman beserta syarahnya
Nyatakan rukun syahadah berserta sifat syahadah
Nyatakan Rukun Solat berserta Sifat Solat
Nyatakan keseluruhan hukum tajwid di dalam Al Faatihah.’

Maka, janganlah antum bimbang, YAKINlah antum bakal menjadi seorang Imam yang terbaik bagi pasangan antum biarpun tidak berharta.

Yakinlah rezeki itu dari ALLAH.''





Kalau memang sedang tahap ta'aruf terhadap seseorang, tidak perlu kita terlalu over dalam bersikap...walau rasa ingin berdekatan dipendam dalam hati dulu , insyaALLAH sudah lebih cukup....

Mintalah pada Allah,,, Sang Penguasa semua hati. Minta yang terbaik dari sisi_Nya,,,Allah akan beri.

Kalau ia memang memenuhi kategori, tinggal memantapkan diri, persiapkan diri....


Semoga Allah memudahkan, bagi mereka yang senantiasa menjaga diri, menjaga hati, sampai tiba pada suatu hari nanti...


Semoga dia jodoh dari Illahi..


Aamiin...



Berkahwin bukan semata-mata kerana cinta tetapi untuk menyempurnakan agama.
Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain.”

Daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia.

Berkahwin kerana kesempurnaan dan kecantikan, suatu masa nanti tatkala kau jumpa kelemahannya, kau akan mula berasa hampa dan tidak berguna.
Oleh itu, berkahwinlah kerana agama.  Perbetulkan niat kerana Allah yang lebih utama.  Bukan berharap pada kesempurnaan dia semata-mata, tetapi tekadlah untuk sama-sama melengkapi kekurangan diri.  Sama-sama membimbing ke jalan yang diredai.


Dalam surah An-Nur ayat ke 32 terjemahannya:

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

 Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi


Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. 

Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? 
Bertanggungjawab sudahkah saya? 
Adakah saya panas baran atau penyabar? 
Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut?
Walau apa pun jawapannya ...Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin kan ? .... 
Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.


ahakkkkkk kalau pemuda nak kahwin awal memang xde masalah hahahaha...dah terjawab pertanyaan status di atas itu...


** Perkongsian ilmu ..



Views Views

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi membaca di blog saya ^_^