ASSALAMMUALAIKUM...nie blog ERLINA ROSLAN ^_^ terima kasih sudi membaca huhu esok datang lagi yee.. n nak ucap gakkkk terima kasih spe yang sudi singgah di blog ina ....cuma cuma nak cakap skitt hehe ::SAYANG KAT MAK AYAH kowang ketat-ketat tawww..Doakan kan diorang selalu...IBUUUU kita tidak akan menangis apabila kita membuat keputusan yang betul. Beliau menangis apabila kita mensia-siakan hidup kita. ingatt tuee... ^_^

Thursday 2 May 2013

BAB MERISIK / PEMINANGAN

MERISIK
  •  Satu proses untuk mengetahui latar belakang bakal menantu perempuan dalam sesebuah keluarga melayu.
  • Ini adalah untuk memastikan ibu bapa tidak tersilap pilih dan dapat mencari yang terbaik untuk anan lelaki mereka.
  • Merisik pada hakikatnya adalah adat yang baik dan berguna jika ia dijalankan bersesuaian dengan tujuan.

PEMINANGAN
  • Meminang... ertinya prmintaan seseorang lelaki terhadap anak perempuan orang lain @ seorang perempuan yang ada dibawah kekuasaan seseorang untuk dikahwini.     

 PENSYARIATAN PEMINANGAN
  • Ulamak telah ijmak peminangan adalah harus dan disyariatkan sebagaimana yang berlaku pada urf orang islam yang melakukan peminangan sebelum melangsungkan pernikahan.
  • Ia adalah urf yang baik dan tidak bertentangan dengan sebarang nas Al-Quran @ hadis. 

SYARAT-SYARAT PEMINANGAN

  1.    .Perempuan yang hendak dipinang bukan peminangan orang lain.
  • SABDA RASULULLAH S.A.W
===> ''Seorang mukmin adalah saudara orang mukmin, maka tidak halal baginya untuk membeli ( menawar) pembelian saudaranya dan tidak boleh meminang pinangan saudaranya, sampai saudaranya membatalkan pinangan tersebut'' [ Hadis Muttafaqun Alaih] 
     2.  Tidak terhalang oleh halangan syar'i
     3.   Bukan isteri orang
     4.   Bukan wanita yang haram dinikahi
     5.   Bukan berada di dalam iddah

OBJEKTIF PEMINANGAN
  • Memudahkan jalan-jalan perkenelen antara yang dipinang DENGAN yang meminang
  • Melahirkan perasaan kasih sayang 
  • Mewujudkan kestabilan jiwa

ADAB-ADAB SEBELUM PEMINANGAN
  1. Meminang pada masa yang sesuai
  2. Boleh meminang sendiri @ wakil
  3. Perempuan boleh meminang lelaki dengan menghantar wakil 
  4. Berpuas hati                   
  5. Wujudnya keyakinan diri
  6. Bermunajat kepada Allah s.w.t


MELIHAT PEREMPUAN YANG HENDAK DIPINANG
  • HUKUMNYA===> Harus... ^__^


SYARAT-SYARAT INGIN MELIHAT PEREMPUAN YANG INGIN DIPINANG
  • Hendaklah yang halal dipinang
  • Berniat untuk berkahwin
  • Bukan bertujuan untuk menjamu mata

TEMPAT2 YANG HARUS DILIHAT
  1. ''Adakah kamu melihatnya?  Jawab Al-Mughirah : '' Tidak'' .
  • Rasulullah mengajar beliau dengan sabdanya yang bermaksud : ''Lihatlah perempuan itu kerana melihat itu merupakan jalan ke arah yang berterusannya kasih sayang antara kamu berdua''       ( Sabda Rasulullah s.a.w)

FUQAHA' BERBEZA PENDAPAT
  • Menurut Jumhur Ulama' ===> Muka & 2 tapak tangan dengan izin @ tidak
  • Sesetengah Ulama' mengharuskan melihat yang ghaib terdedah ketika seseorang perempuan melakukan kerja rumah seperti : muka, tapak tangan & betis.

HUKUM BERKHALWAT DENGAN TUNANGAN
  • Sabda Rasulullah s.a.w : ''Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan ia berkhalwat dengan perempuan asing tanpa ada mahramnya kerana yang ketiganya adalah syaitan''

CARA MELAKUKAN PEMINANGAN
  1. Bertandang ke rumah ibu bapa @ penjaga perempuan yang ingin dipinang
  2. Menyatakan maksud / hasrat kedatangan
  3. Menggunakan lafaz zhorih

SITUASI PENERIMAAN PEMINANGAN
  • PERTAMA ===> Jika anak dara... DIAMNYA adalah TANDA SETUJU
  • KEDUA ===> Jika janda... hendaklah menyatakan izinnya



PEMBATALAN PERTUNANGAN
  1. Pertunangan bukan akad nikah
  2. Ia hanyalah janji dari 1 pihak terhadap pihak yang lain
  3. Bukan jadi 1 kemestian yang perlu dilakukan oleh kedua belah pihak yang terlibat


  • MENURUT TUMHUR AL-FUQAHA' : HARUS mana-mana pihak membatalkannya.
  • BAGAIMANAPUN... dari sudut AKHLAK tidak harus seseorang itu memungkiri janji kerana memungkiri janji adalah termasuk ke dalam sifat-sifat yang dikhususkan oleh Allah untuk orang munafik.

HUKUM HADIAH PERTUNANGAN ===> Memberi hadiah merupakan amalan yang amat digalakkan dalam islam.


 DALAM HUKUM PEMBATALAN PERTUNANGAN ... ULAMA' BERSEISIH PENDAPAT :::
  1. Sesetengah pendapat ==>  tidak harus mengambil kembali
  2. Mazhab Syafi'i ==> hendaklah dikembalikan
  3. Mazhab Hanafi ==> berhak mendapat kembali skiranya masih kekal dalam bentuk asal
  4. Mazhab Maliki ==> Bergantung kepada pembatalan pertunangan

  •  MERAHSIAKAN PERTUNANGAN ==> Pertunangan HENDAKLAH dilakukan SECARA RAHSIA..



  Views Views

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi membaca di blog saya ^_^