ASSALAMMUALAIKUM...nie blog ERLINA ROSLAN ^_^ terima kasih sudi membaca huhu esok datang lagi yee.. n nak ucap gakkkk terima kasih spe yang sudi singgah di blog ina ....cuma cuma nak cakap skitt hehe ::SAYANG KAT MAK AYAH kowang ketat-ketat tawww..Doakan kan diorang selalu...IBUUUU kita tidak akan menangis apabila kita membuat keputusan yang betul. Beliau menangis apabila kita mensia-siakan hidup kita. ingatt tuee... ^_^

Thursday 28 June 2012

JUJURLAH !

 ‘HONESTY IS THE BEST POLICY’ hihihi zaman skunk niee korang rasa2 senang @  x nak jumpee orang jujur hohoho... bergembira laa klu korang mempunyai sahabat yang jujur pada korang. *kanak-kanak pun jujur kan? Hahaha tapi kalau dah kena hasut.. x pandai nak jawab nya ^_^
Adalah sesuatu yang PELIK jika seseorang mampu berkata jujur,sedangkan tabiat lidahnya mengeji,menghina dan berkata lucah.Sungguh benarlah sabda nabi s.a.w bahawa ‘’ Tidak beriman seseorang itu selagi dia belum berupaya menuturkan kata-kata yang baik sahaja ‘’

*Seseorang tidak berhias dengan sesuatu yang lebih utama dengan kejujuran*
·         Percaya atau tidak, Allah s.w.t telah menjadikan setiap anggota badan kita untuk berlaku jujur kecuali lidah. Mungkin kadang-kadang kita boleh menghafal segala jawapan menggunakan lidah.Namun, tak semua jawapan itu ‘ dipersetujui’ oleh anggota badan yang lain.Itu di dunia, di makamah dunia...tetapi di akhirat kelak ketika dibicarakan, yang akan menjawab persoalan ialah tangan dan kaki. Kannn? Dah bersedia kee kitee semua ‘’face to face’ with Allah kelak ?

Orang berdusta MENCARI PELUANG
Menambah DOSA
Orang jujur MENCARI PELUANG
Mengumpul pahala  ^_^

*Jujur itu petanda iman kukuh*
Hati orang jujur sentiasa terikat dengan Allah.Semua perkara yang dilakukannya mesti ‘dirujuk’ kepada Allah.Contohnya, apabila berpuasa mereka tidak perlu mencari jalan hendak makn sembunyi-sembunyi pada siang hari kerana kejujuran pada hatinya itu telah  membuatkan dirinya sentiasa berasa dipandang & diawasi oleh Allah.


Percayalah... orang jujur itu seolah-olah menyemai benih-benih hebat di sebuah taman yang segar lagi mekar.Mereka barangkali dianggap lurus bendul kerana terlalu mengikut peraturan...Subhanalla,tenanglah jiwa insan yang hatinya harum dengan kejujuran.Di dunia niee, mereka sudah dijauhkan daripada kesengsaraan.Walau TIDAK KAYA, namun REZEKI SENTIASA ADA.Walaupun TIDAK POPULAR, tetapi ORANG SENTIASA INGIN MENDEKATINYA. Walaupun TIDAK BERPENGARUH, kata-katanya BERPENGARUH, kata-katanya TERPAKAI sebagai rujukan serta terkandung HIKMAH. Walaupun TIDAK BERWAJAH MENAWAN @ KACAK... tapi kejujuran yang terpamer membuatkan wajah mereka tenang untuk dipandang. Adakah kita mempunyai kualiti itu ? 

Jujur itu perlu diusaha
Hanya nafsu berkata susah

Budaya jujur jadikan tradisi
Akhlak yang baik sama diwarisi

Dusta itu penghancur iman
Bebaskan dari kamus kehidupan

 Jujurlah apabila korang...
-diberi tanggungjawab
- beramal
- berkata-kata
- berjuang
-menyampaikan ilmu
-mengadili
-berdakwah



* jaga lah hubungan dengan ‘habumminallah ‘ [ hubungan dengan Allah s.w.t ] &
 ‘hablumminannas’ [ hubungan dengan manusia ]
 nota hati say ::: * berusahalah melakukan kebaikan walau sekecil mana sekalipun =)) *
Views Views

Tuesday 26 June 2012

BE POSITIF !


Lakukan perkara-perkara berikut :::  6T dalam tangan ..
  • TABAH- Jalanilah kehidupan dengan sabar dan kuat.
  • TENANG-Hadapilah masalah @ konflik dengan tenang dahulu.
  • TERSUSUN- Hadapilah, rancang & jalanilah kehidupan dengan lebih tersusun & sistematik.
  • TEKUN-Jalanilah kehidupan dengan tekun iaitu bersungguh-sungguh & cermat.
  • TAWADUK- Redha & pasrah dengan ''uijian'' dari Allah keranaYang Maha Kuasa yang memiliki kita.
  • TELUS - Menjalani kehidupan dengan cara yang telus mengikut peraturan / undang-undang  & seumpamanya.
LUAHKAN TEKANAN DENGAN CARA POSITIF  + + + + +...
  1. Bersukan
  2. Bergaul dengan rakan-rakan & masyarakat sekeliling
  3. Membuat aktiviti amal jariah
  4. Bercakap / berbincang dengan seseorang yang dapat memahami
  5. Berehat dengan cukup ... rest yee hihi
  6. Makan & jalani kehidupan dengan gaya hidup sihat
# Tentunya...banyakkan senyuman di wajah anda # hahahaha ^_^ gud luck !
Views Views

Monday 25 June 2012

KISAH LELAKI KACAK


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ‘Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.’
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,’Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :’Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.’
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua …….kerana
Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.’
Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasa biasa saja…tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur’an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke…Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
 Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting






Views Views

Wednesday 20 June 2012

13 PERKARA YANG PERLU DIJAGA OLEH WANITA


1. Bulu kening
  • Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
  • Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian
  • Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada
  • Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi
  • Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher
  • Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan
  • Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan
  • Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata
  • Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
  • Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara)
  • Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
  • Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan
  • Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
  • Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
  • Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian
  • Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
  • Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
  • Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
  • Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
SUMBER ::: http://bjue.blogspot.com/2012/05/13-aurat-wanita.html
Views Views

BERCINTA VS SINGLE ?

  1. Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.
  2. Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara.
  3.  Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah
  4. Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.
  5. Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.
  6. Apabila kita mencintai seseorang kerana Allah, kita akan mendekatkan dirinya kepada Allah. Kita juga mahu dirinya mendekatkan diri kita kepada Allah. Segala salah silap ditegur demi mendapat keredhaan Allah. Bukan membiarkan dirinya hanyut dan leka dalam nikmat dunia. 
  7. Kita dapat perhatikan ramai manusia membiarkan pasangannya bergelumang dalam kehidupan penuh maksiat sedangkan dalam masa yang sama dia mengaku mencintai pasangannya. Cinta seperti ini bukanlah cinta yang dikehendaki dalam Islam dan inilah contoh gambaran cinta kepada manusia bukan kerana mereka mencintai Allah.

Oleh Syeikh al-Kubrawiyyah :::
Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang, dan selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah, maka pahalanya adalah amat besar.


Allah telah berfirman dalam 1 hadis Qudsi :::
Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang sayang-menyayangi keranaKu, dua orang yang dududk bersama-samaKu, dua orang kunjung-mengunjungi keranaKu, dan dua orang yang tolong-menolong keranaKu


Fimannya lagi dalam hadis Qudsi yang lain :::
Mana dia dua orang yang bercinta kerana keagunganKu? Hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah naunganKu, iaitu hari yang tiada naunganselain dari naunganKu


Rasullullah bersabda :::
Sesiapa yang ingin merasai kemanisan iman,hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah


  •  Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah, maka hal demikian itulah yang dikatakan bercinta kerana Allah.
  • Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk taat setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta kerana Allah.
  • Ataupun jika ia mencinta seseorang itu kerana membantunya dalam urusan keduniaan yang mana dengannya pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk dalam bercinta kerana Allah.

  • [ X ] Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya ataupun barangkali orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan dalam hal ehwal kehidupannya yang menerusinya ia mampu hidup senang lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta tabii, cinta biasa yang tiada kena mengena dengan Allah.


best lagu niee...cube hayati liriknya... ^_^

sapeee2 nak cintan-cintun.... EDISI KHASSSS EKSKLUSIF UNTUK SETIAP LELAKI & WANITA ::: *** DOA i2 senjata berharga, tmakbul dalam sujudmu*** ''sekiranya jodohku jauh, kau dekatkanlah. Sekiranya jodoh aku sukar, kau permudahkanlah dan jodohkanlah aku dengan seseorang yang boleh membantu aku di dunia & di akhirat..Ya Allah dekatkanlah diriku dengannya sekiranya dia jodohku dan sekiranya dia bukan jodohku, maka jauhkanlah aku daripadanya. Serta peliharalah aku dari kekecewaan andai dia bukan jodohku..amennnn... * mana tahu kottt2 tanpa sedar jodohhh ANDA datang bergolekkkk kihkihkihhh... sebaek-baek perancang ituu Allah..hebat kannn perancangan Allah *


Views Views

Monday 18 June 2012

RASULLULLAH MENANGIS DI PADANG MASYAR


* touching tgok video niee :( *



Views Views

TIPS MENCARI CALON BY USTAZ AZHAR IDRUS

1. KETIKA MENCARI CALON
::: Janganlah mencari isteri , TETAPI  mencari ibu bagi anak-anak kita.
::: Janganlah mencari suami, TETAPI mencari ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
::: Anda bukan meminta kepada orang tua / wali si gadis. TETAPI
::: meminta lah kepada Allah MELALUI orang tua / wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
::: Anda berdua bukan bernikah di hadapan Penghulu @ Tok Kadi,
::: TETAPI bernikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
::: Catat & hitung semua yang datang mendoakan perkahwinan anda, keran anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua & meminta maaf APABILA anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan doa mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
::: Bersyukur & bersabar lah. Anda adalah sepasang manusia BUKAN sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
::: Sedari lah bahawa jalan yang akan dilalui BUKAN HANYA jalan yang ditaburi bunga,
::: TETAPI AKAN ADA jalan semak belukar yang dipenuhi dengan onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA ANDA GOYANG
::: Jangan saling berlepas tangan,
::: TETAPI SEBALIKNYA semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
:::  Cintai isteri @ suami anda 100 %

9. KETIKA SUDAH MEMILIKI ANAK
:::  Cintai isteri @ suami anda 100 % & cintai anak-anak anda 100 %

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
:::  YAKINLAH bahawa pintu rezeki akan terbuka luas dengan tingkatnya ketaatan suami isteri.

11. KETIKA EKONOMI  BERKEMBANG
::: Jangan lupa jasa pasangan anda ( suami / isteri ) yang setia mendampingi kita semasa menderita / kesusahan.

12. KETIKA ANDA ADALAH ''SUAMI''
::: Boleh bermanja-manja dengan isteri TETAPI jangan lupa bangkit bertanggungjawab apabila isteri anda memerlukan pertolongan.

13. KETIKA ANDA ADALAH ''ISTERI''
::: Tetaplah berjalan dengan gemalai & lemah-lembut TETAPI selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Views Views

Sunday 17 June 2012

WAHAI LELAKI KAMU MAMPU MENGUBAHNYA !


BAGAIMANA DIKATAKAN SESEORANG LELAKI ITU MENJADI ''DAYUS'' ?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
::: Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Bagi wanita ::: Kalau anda sayangkan ibu bapa anda * bagi yang still single* & jika anda sayang kan suami anda *bagi yang dah berkahwin*,kerana tidak mahu mereka tergolong dalam kalangan lelaki ''dayus'' anda juga mampu mengubahnya =))

* ingatan bersama-sama..sampaikan walaupun satu ayat * 
Views Views

Friday 15 June 2012

ANAK SYAITAN DISTURB YOU !


Umar al-Khatab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :::

1. ZALITUUN ::: Duduk di pasar / kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda manusia supaya berbelanja lebih & membeli barang-barang yang tidak perlu.
2.WATHIIN ::: Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan ::: Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.Seronok dengan kedudukan @ kekayaan sehingga terabai kebajikan rakyat & tidak mahu mendengar nasihat para ulamak.
4. HAFFAF ::: Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang-orang yang berada di tempat maksiat. Contoh : [ kelab malam,disko, tempat yang ada minuman keras ]
5. MURRAH :::  Merosakkan dan melalaikan orang yang sukakan muzik sehingga melupakan Allah.Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.
6. MASUUD :::  Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja ''penyakit'' yang mula dari kata-kata mulut.
7. DAASIM :::  Duduk di pintu rumah kita ,jika tidak diberi salam ketika masuk ke rumah, DAASIM akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai,suami bertindak ganas,memukul isteri,isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera & pelbagai lagi bentuk kemusnahan rumah tangga)
8. WALAHAAN ::: Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia...khususnya ketika berwudhuk  & solat & menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
9. LAKHUUS ::: Merupakan sahabat orang Majusi .. yang menyembah api / matahari .


jenis mana yang selalu disturb all of us..? 

Views Views

LIFE IS TEMPORARY


Life is a challange ::: MEET it
Life is a gift ::: ACCEPT it
Life is a an adventure ::: DARE it
Life is a duty ::: PERFORM it
Life is a tragedy ::: FACE it
Life is a opportunity ::: TAKE it
Life is a journey ::: COMPLETE it
Life is a love ::: ENJOY it
Life is a beauty ::: PRAISE it
Life is a struggle ::: FIGHT it
Life is a mystery ::: UNFOLD it
Life is a goal ::: ACHIEVE it
Life is a spirit I divine ::: REALISE Views Views

Thursday 14 June 2012

KHAS TO GIRL N BOY

Erlina Roslan.. ^_^ Views Views

SPECIAL DAY for Her

 TODAY ::: Jumaat , 15 /6 / 2012... 7.15 a.m tutttt...tutttt...tutttt....
 ''Assalammualaikum, mak !!! Selamat Ari Lahir.. hehhehehe...nak owg nyanyikan lagu x ? huhu ^_^ * dlm hati mak,mesti happy + rasa nak mlompat-lompat anak die call * haishhh3 .. comformmm rindu lah tueee... =)
Bertuah laaa kann sape yang ada mak ...ada tueee yang dah kehilangan mak..so kowang kena lahh bersyukur sebab mak kowang still ada g kat dunia nie..sayang diowang ketat2 + erat2 taww hehe ..

SELAMAT HARI LAHIR MAK...Smoga  mak sihat selalu...huhu ampunkan dosa ku ...* mmg degil niee ..hehe*  ummm...nak ucap smoga mak panjang umur. Mak ! maafkan owang klu owang de wat salah,terkasar bahasa uhukkk uhukkk ... *Hish3..terasa diri niee banyak wat dosa  :( * Ya Allah, ampunkanlah dosaku..jadikanlah aku anak yang baik, ku tahu keredhaan-Mu bergantung pada keredhaan 2 orang tuaku.. Bimbinglah aku Ya Allah, sesungguh-Nya Engkau  lah pembimbing Kami.
Terima Kasih mak... ^_^ terima kasihhhhh atas segala penat lelah dan pengorbanan mak.
Mengandungkan,melahirkan,membesarkan dan mendidik kami  anak-anak mak... Sungguh, TIDAK dapat kami membalas jasa dan kasih sayang mak yang mengunung tinggi tuhhhh...Setitis peluh, sehela nafas mak, & setitis darah ketika mak melahirkan kami itu pun tak dapat kami membalasnya...moga berbahagia lah mak sentiasa...dan moga  Allah merahmati mak selama-lamanya hingga ke Syurga...
Ya Allah.. Kau ampunikan lah dosa ku dan kedua orang tuaku & kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil...amennn ya Robb....kami sayang Mak !.. Ya Allah peliharalah fitrah kasih sayang ini...amennn....

BAGAIMANA NAK MENGHARGAI IBU ?
    Hari nieee aku nak share skitt tentang 1 kisah pada zaman Rasullullah s.a.w. Daripada Jahimah         al-Sulami, beliau datang menemui Rasullullah lalu berkata :: ''Ya Rasululllah saya ingin berperang , dan saya datang untuk berbincang  '' Rasullullah bertanya :: ""Adakah engkau mempunyai ibu? ''
Beliau menjawab : ''Ya ..'' , Rasullullah bersabda :: ''Dampinglah dia, Sesungguh-Nya syurgamu terletak di bawah kedua kakinya.''
      Betapa mulianya kedudukan seorang ibu, sehinggakan syurga yang mulia itu terletak di bawah telapak kaki seorang ibu. Kita boleh menghargai ibu kita SETIAP MASA dengan mendoakan selalu kesihatannya,meringankan beban kerjanya dan menelefon bertanya khabar jika dududk berjauhan. Walaupun ia tidak seberapa jika dibandingkan dengan jasa & pengorbanan seorang ibu, tetapi ia adalah kunci kita ke syurga ^_^ .. * dalam hati kecil ku berdetik, mampukah aku, layakkah aku memasuki syurga-Mu Ya Allah *

* hehe..pcture atas tuhh mak saya ngan abg kembar  saya *
* to mak:: Mak! tunggu owg balik eaa...miss mak ! =))
SAY for all :: Semoga kita semua berusaha menjadi ank yang baikkk...amennn.. ^_^


Views Views

Tuesday 12 June 2012

RINDU COMINGGGG

sekarang dah 23 Rejab ( Rabu,13 Jun 2012 ) huhuhu tak lama lagi masuk pula bulan Syaaban.. ^_^ then BULAN RAMADHAN is coming hehehe... * mood x sabar menanti bulan puasa*
sape2 tuhhh yang nak wat puasa sunat mohhhh sempat g nie...hehehe.. yang x ganti puasa tuuu langsaikan hutang tu ekk...jangan  tlupe tawww hihihi nanti berdouble-double kena ganti next year...huhu



"Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan."




huhu  *dengar lagu nie* 

Views Views

KERANA PEREMPUAN CANTIK


Hina Sangat Ke MAMAT Nih?

Perkara nie jadi 6 thn lepas, esok tuh nak puasa ler, aku ingat lagi.. sebab tuh sampai laa nie aku cukup takut nak berkawan dengan awek yang lawa-lawa. Sehari sebelum puasa, aku ngan kawan aku pergi ler jalan jalan kat Sungai Wang, biasa ler hari minggu... dah penat berjalan aku pun lepak kat tingkat atas..gi kena teh ngan makan nasik ayam.

Dah makan.. aku pun cakap kat member aku, aku nak gi ker Lot 10, nak buat greeting card untuk member aku..perempuan ler ..hehehe (Greeting card machine..Kalau korang ingat lagi ler, kat tingkat
bawah)

Aku pun gerak member aku semua tunggu kat situ..biasa ler dia orang bukan minat nak ikut.. bosan menunggu aku menulis card cinta..Jadi aku pun pi ler... ..

Tunggu punya tunggu sampai ler giliran aku pulak... .mesti member aku soundnyer... .aku pun start tulis... ... ."HALLOOO" itulah suara yang aku dok dengar..ish awek mana lak nie... sekali aku pun pandang ler... tengok bawah dulu...

aduh..sikitnyer lawa kaki dia.. slow-slow aku pandang atas..meh... sikit nyer cun ler... aku takleh lah nak kata apa.. aku pun terdiam.. sekali lagi dia kata "HELLO"... ..Aku tarik nafas aku pun
jawab,"HI". Aku ingat dia pun senyum jerlah... sekali dia kata "I'M ANIS MARLIANA" .. Peh sikit nyer sedap nama dia..dah lah tuh..cantik lak tuh... aku pun senyum... ..  ^_^

ANIS : "That is a nice card, untuk siapa?"

AKU : "It's for my friend, Dia nyer birthday tommorow"

ANIS : "Boleh tolong I tak, I tak pandai nak pakai machine nie... I
hope you can help me"

Inilah chance aku nak tunjuk aku punya skill... aku pun setuju nak tolong. Setelah selesai.. dia pun ajak aku jalan-jalan, dia kata dia dari singapore datang sini ada shooting untuk modelling, dia pun bagi aku business card dia.

Dalam hati aku, sikitnya happy.. maklumlah kita nie bukan ler handsome pun, boleh kenal ngan model kira okler, dengan bangganyer aku teman dia gi shopping. Dah agak agak 40 minit jugak ler aku
berjalan, dah puas ler aku dengar cerita dia, dan keluarga dia dan BERTAPA DIA SUKA ORANG MACAM AKU, hehehe..sebab baik katakan.. BAIK BAIK ADA MAKNA NIE..aku pun teringat member aku tunggu kat Sg. Wang.

AKU : "Anis, Not everyday I have the pleasure to meet a woman as beautifull as you and how I admire your softness and your kindness and I really like to stay and try to know you better ,But I have to
go now, my friends is waiting for me. Thanks for everything, and maybe I will call you and treat you for dinner someday..I hope you dont mind"

Sikitnyer power ayat aku tuh, aku pun chow.. aku pun tak sabar nak bagi tau member aku, aku jumpa model sikitnyer lawa.. tengah aku berlari nak gi Sq. Wang.. aku pun selisih ngan member- member aku kat Jambatan tengah tuh... . aku senyum dengan bangganya.

Dia orang sikitnyer hot..aku tak kisah.. aku pun dok cerita lah kat dia orang apsal aku lambat.. hehehe..sekali dia orang boleh gelak kat aku.. takpa aku pun cakap kalau tak caya jum aku tunjuk... . so Kita orang pi ler kat Lot 10 balik...

Sampai jer Lot 10, mata aku pun liar mencari gadis cantik manis tuh. Usha punya usha aku nampak dia..aku tgh nak escalator dia tengah turun, aku pun sound member aku

AKU : "Tu dia..yg pakai tang top tuh.. cun huh! aku dah cakap korang tak nak percaya"

MEMBER : "Ko tipu ah... tegur ler, aku nak tengok betul tak betul"

AKU : "Ye.. jap aku tunggu, jap tunggu ler kita dekat sikit"

Sambil escalator bawak aku rapat dengan dia, aku pun tegur ler dia tuh
"HI ANIS", sekali... ... ... ... ... ... .

Dia tengok aku ngan member aku... dia pun menjeling..PEH SIKIT NYER SOMBONG, Dia tarik muka macam aku tak kenal dia... FUHH aku pun terkejut, tak tau nak cakap apa.. member aku semua gelak bagai nak rak kat situ... ..

"KENAL KONON, SETAKAT KO LER... SEPULUH DIA BOLEH CARI", aku pun tak tau nak kata apa.. member aku semua gelak, aku blur... ...

Ada ker patut satu perempuan buat cam tuh kat orang macam aku nie, aku pun tak tau nak kata apa..aku harap korang semua tak lah lalui apa yang aku lalui.. aku betul betul tak paham... ... . Adakah semua perempuan cantik macam nie

Mungkin kot... .Aku dah mula berfikiran negatif... tapi aku tetap suka kat dia... .sebab aku masih lagi pikir yang dia baik..


Aku rasa mungkin ada sebab dia buat macam tuh, Aku pun tengok dia, dia pun tengok aku sambil buat muka blur... makin lama aku makin jauh dari pandangan dia... .dia tenung aku macam tak puas hati... .
aku pulak tak faham...

BEDEBUK!!!!!!! ARGHHHHH!!!!
Nak dijadikan cerita, betapa besarnya kuasa ALLAH tuh..

Dia terjatuh. Habis semua shopping bag dia berterabur dekat lantai, dia tersembab dan menjerit sakit, High heel dia tersangkut kat escalator..aku terdiam, member aku semua pun senyap... ... ... ak! u
tak tau, tiba tiba aku sedar aku tengah angkat shopping bag dia, cuba nak tolong dia..aku pun tengok atas..member aku blur..semua senyap... tengah aku dok tolong tuh..

tiba-tiba... ...

ANIS : "PENCURI!!!! PENCURI!!!! PENCURI!!!"

Security guard datang, orang semua tengok.. ramai yg nampak..aku tgh duk pegang shopping bag dia, aku pun terdiam..UFFF dalam hati aku aku dah risau, aku pencuri ker..atau ada pencuri yg dia nampak... ..aku pun senyap"

PAP!!! aku kena pegang.. security tahan aku, aku pun lagi BLUR!! apa nie,aku nak tolong tapi aku kena tangkap..ish apa yag dah jadik nie... ... ..

Check punya check, rupa rupa handbag dia hilang... . aku pun dah takut.

Security tanya aku, mana bag dia??

Aku : "Mana saya ambik, saya nampak dia jatuh, saya pun nak tolong dia..mana saya ada ambil beg"

ANIS : "Bang, Handbag saya dah hilang, nie mesti dia yg ambik. Passport saya, credit card saya, Handphone semua ada kat dalam tuh, Bang macam mana nie"

AKU : "I tak ambik handbag you lah, mana ada, I came down here to help you, apsal you kata I curik bag you"

Aku dah panik... ... ..

AKU : "Tadi sikit punya baik you, jalan jalan ngan I.. apsal tiba tiba u kata I pencuri... apa masalah nie"

ANIS: "Since when I jalan jalan ngan you, I takkan keluar ngan orang macam you, muka pun macam muka pencuri... "

ADUH!!!! Aku dah benggang, aku pun keluar kan business card yang dia bagi..

AKU : "Then what is this ? Macam mana I ada card you kalau bukan you bagi "

ANIS : "Mana you dapat business card I huh! Mesti you ambil dalam bag I, buat apa I nak bagi orang macam you, Bang, see.. I told you yang dia yang amik handbag I"

Sekali, apa yang aku cakap backfire kat aku, aku pun kena bawak ke office... member aku semua ikut aku.. aku pun dah takut giler.. abang aku senyap jer.. dia tak tau nak tolong aku macam mana, member aku semua tak tau nak buat apa... .

Sampai aku kat office, orang tanya aku mana aku letak handbag dia, dia duk memaki hamun aku.. aku diam, aku cakap aku tak ambik.. tapi bukti business card ada kat aku... . aku yang bersalah.. aku tak
mengaku..

PAP!! aku kena tampar... .aku diam lagi..aku cakap aku tak ambik... office dah kecoh, dia dah mengamok "HEY! ORG MACAM YOU NIE TAK LAYAK JADI MANUSIA TAU, MANA BAG I, I TAK KIRA..ABANG, BAGITAU POLIS, BIAR DIA KENA TAHAN, TAK GUNANYA LAKI",

Itulah kata kata dia k... ... ... ... .

Dah tenat aku...

Ingat-ingat balik, aku nak nangis pun ada mengenangkan, nasib aku masa tuh... aku dah nekad dah, kalau polis datang, aku nak bagi tau mak aku yang aku tak salah, dan aku sayang kat mak bapak aku... . aku dah sedih giler.

Aku pun duduk kat situ, kepala aku dah sakit kena sepak, aku nampak ada orang datang, sikitnyer smart.. pakai jeans ngan slack..rambut panjang ikat belakang..orang tuh cakap

Manager : "APA MASALAH NIE OK..What is your Name?"

ANIS : My name Anis .. I nyer handbag hilang, Orang nie yang curi"

Manager : "Betul you ada amik ker? Bagi balik, tak perlu bising
bising"

AKU : "Saya tak ambil..Dia yang tuduh bukan bukan"

Manager : "Anis, How sure are you, this guy took you handbag"

ANIS : "Masa I jatuh tadik, tiba tiba dia ada kat depan I, mesti dia
yang ambil... ... sapa lagi... muka dia pun muka pencuri"

Aku tetap tak mengaku... aku dah berserah... manager tuh pun dia angkat telefon, dia pun call.. aku sure dia call polis. Aku tak tau nak cakap apa, dia pun keluar..semua senyap jer kat dalam
tuh... ..selang 10 min, dia pun datang ngan satu orang Indonesia.. dia pun tunjuk satu handbag kat Lina,

"Is this your handbag", Anis pun senyap dia pun mengaku... Manager tuh pun suruh ler cek dalam beg tuh ada apa yang hilang... ..semua okay... takda yang hilang..

Manager tuh pun cakap yang handbag dia jumpa kat dalam toilet wanita, so Dia suruh mintak maaf kat aku, sebab menuduh aku yang curi sedangkan apa yang aku nak buat, cuma tolong dia... ... .

APA YG PATUT AKU LAKUKAN ??

Aku pun senyap, aku pun keluar... Semua member aku tanya aku apa yang jadik,aku cakap bag dia tertinggal kat dalam toilet, org cuci jumpa..so dah settle dah, aku nak balik... .

MEMBER : Adoiiiii, ko sound lah dia..Ko cakap ko nak saman malu dia... tak guna nyer pompuan"

ABG AKU : "Ha'ah, ko mintak jer duit kat dia..lantak lah, lawa tak lawa... dia betul tak gunanya orang, ingat cantik boleh buat sesukahati... ."

Aku pun terus masuk pejabat aku pun sound dia direct aku nak saman dia, lantak apa nak jadik jadik.. aku pun benggang dia buat aku camtuh, sedangkan tak pernah dalam hidup aku tak hormat org
perempuan...

AKU : "Oi... aku tak kira aku nak saman ko, aku nak ganti rugi.. ko ingat apa, yang ko ni cantik sangat, semua orang suka, kalau dah hati busuk tuh,busuk jugak... sekarang ko tuduh aku mencuri, aku tak
buat.. aku malu... mana ko nak aku letak muka aku, aku nak sue ko kat court"

Manager : "Dah lah tuh, dia silap.. dah lah tak yah kecoh kecoh"
AKU : "Ko pun sama, dengan ko,ko dengan Lot 10 aku nak saman, aku ada saksi member aku, Ko tampar aku, kata aku pencuri, ugut aku..ko ingat apa..aku nie bodoh.. aku dah suruh member aku call police, aku nak buat report kat semua.. camna?? puas hati korang"
ANIS : "APa ko ingat ko bagus?? nak report aku... .. aku tak takut ler.. ko ingat aku boleh masuk penjara.. aku call bapak aku baru ko tau??"

AKU : "baik ko call, nanti ko kena tahan.. padan muka... ko (manager) plak.. apa tunggu sini, gi ler call boss ko, aku nak saman nie"

Manager : "Dah lah tuh, Anis call your father, tell him that you have a problem here, kalau dia report you yang susah, sebab you tuduh dia??"

Anis pun call bapak dia, aku dah makin berani dah..hehehhe, aku suka.. tapi sambil tuh cuak jugak..takut aku yg kena tangkap ugut dia... hehehe

Anis cakap ngan bapak dia, dia tengok aku... ..dia letak telefon.

ANIS : "Nah amik nie, aku mintak maaf... ... ."

Dia bagi aku RM300, Dia ingat apa aku boleh kena beli camtuh jer.. aku apa lagi, aku amik duit tuh, aku campakkan kat muka dia... ... ... ... .
Dia terkesima..

"Setakat RM300, ko ingat aku apa... ... . budak kecik boleh ler ko buat camni..apa ko nie tak paham lagi ker, aku taknak duit.. aku naktengok ko kena tahan jer..buat tuduhan palsu.."
Dia pun bengang call bapak dia lagi..kali nie dia bagi aku cek RM1000, aku tak nak tapi member semua sound aku, apa masalahnya amik.. banyak tuh.. sapa nak bagi seribu free free..aku pun
senyap... ... .
Aku amik cek tuh aku pun koyak... . aku cakap aku bukan jenis yang boleh dibeli... aku dah buat keputusan aku nak dia kena tahan....
Last, dia bagi aku sekeping cek RM10000, aku pun tergamam... ... . banyak tuh bagi umur orang macam aku, aku tak tau ada ker aku nak berkeras atau aku nak amik, member aku semua suruh amik, manager tuh pun suruh aku amik...

aku pun nak jugak amik... so aku pun mengalah aku pun amik ler cek tuh.. aku pun nak bla... ... tiba tiba aku dengar dia sound aku..

ANIS  : "Hmm, setakat muka macam tuh, dapat duit senyap ler.. tak malu"

Aku campak cek tuh, aku terus gi kat dia... .. aku tak kira aku tak pernah tampar perempuan sebelum nie, tapi untuk dia aku sanggup buat..aku baru nak angkat tangan.. ada orang tahan aku... ... ... oiiiiiiiiiiii
"Oi..bangun oi... dah sahur dah nie... "
HAHAHA... MESTI SEMUA TENSENN... JGN MAREEE..

melampau betul drama ni...hihihi


Views Views

NOTE TO MYSELF

Oh hatiiiiii..jaga diri baik2 ye. Tumpukan perhatian,matlamat kita hanya untuk mencari keredhaanNya ^^ Views Views

Monday 11 June 2012

Makkkkk...^

    nie mak aku...huhu..
nak bahagiakan hidup dia hehehe...hari nie nak ceriter tentang mak aku jer hohoho ^_^ .... mak aku kalau anak-anak dia balik kampung.Dia akan masak macam-macam hahaha macam nak wat kenduri dah pulok dah...hehe.

      Makanan yang selalu dia masak time anak-anak dia balik...hehe ikan keli sambal, pucuk ubi gulai lemak tempoyak *favourite anak-anak dia niee *ikan parang cili api, ikan masak asam pedas, sabtu ahad dia suka masak nasi lemak dan nasi goreng ...dan macam-macam lagi ...huhu nak listkan tak cukup page lak t...huhu..kalau minumpetang lak...kitaorang lebih suka wat sendiri daripada beli makanan di luar...huhu petang-petang tuu buat kuih karipap, donut.. atau mee /bihun goreng... meriah kan kalau makan ramai-ramai sambil watching tv...hehe.. ^_^

        Mak aku nie suka menjahit...kerja sampingan dia menjahit baju..haaa nie musim raya nak sampai nie bertimbun-timbun la kain baju yang nak disiapkan..kihkihkih..murah jer mak aku ambil upah menjahit baju orang...sehelai just RM 35 dan paling rendah pon hanya RM 25 * hehe siap promote g* ..Mak aku bukan ambil upah menjahit baju jer, ada tuuu yang nak wat sarung bantal ,buat bantal pon ada ,hehe siap ngan kekabu lembut taww tak kira lah saiz apa pon bantal tu tuk orang dewasa atau untuk baby pon boleh .. * dijamin tido lena dengan bantal baru *semuanya hasil titik peluh mak aku sendiri...hehe de tuu nak buatkan langsir pon boleh gak. kowang just beli kain pas tu terus tempah , biar mak aku buat hehehe..

    Part lain..mak aku nie suka dengan bunga. haha kat rumah tuuu macam-macambunga dia tanam..dia paling suka dengan bunga orkid...hihi berderet-deret bunga orkid keliling umah aku ...okeee makk ,saya sayang kat makkkk huhu...^_^ * Ya Allah, Kau ampunkanlah segala dosa kedua ibu bapaku,kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani ku sewaktu ku masih kecil...amennn *





Views Views