ASSALAMMUALAIKUM...nie blog ERLINA ROSLAN ^_^ terima kasih sudi membaca huhu esok datang lagi yee.. n nak ucap gakkkk terima kasih spe yang sudi singgah di blog ina ....cuma cuma nak cakap skitt hehe ::SAYANG KAT MAK AYAH kowang ketat-ketat tawww..Doakan kan diorang selalu...IBUUUU kita tidak akan menangis apabila kita membuat keputusan yang betul. Beliau menangis apabila kita mensia-siakan hidup kita. ingatt tuee... ^_^

Wednesday 17 April 2013

MANISNYA PERNIKAHAN KERANA IMAN

Perasaan itu ada di hati...
Ada ia terpendam, kerana sibuk studi.
Atau, "Malaslah nak fikir... belum ready..."
"Belum sampai masanya lagi..."
"Macam mana nak mulakan, tak reti..."
"Saya memang sedang mencari lah ni..."
Perlahan-lahan, perasaan itu meresap ke hati.
"SubhanAllah, perasaan apakah ini..?"
Itulah perasaan yang suci, ingin saling menyayangi. Ingin saling melengkapi. Ingin dicintai. Ingin dirindui. Perasaan untuk bertemu pasangan. Di atas landasan pernikahan. Tatkala ia hadir dalam perasaan dan fikiran, layanilah ia dengan iman...



"Ya Allah Ya Rahman... Bimbinglah diriku menjadi jodoh yang baik... Temukan diriku dengan dia yang beriman... Permudahkanlah jalanku menuju pernikahan..."

Memilih melalui taaruf yang telus. Membincangkannya dengan ibu bapa, teman-teman yang berilmu lagi amanah. Hati lapang mendengar pandangan, terbuka menerima pesanan dari yang berpengalaman dan akhirnya keputusan itu, kepada Allah diserahkan.

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar..."


Inilah antara untaian doa istikharah yang diajar Rasul SAW saat kita telah memilih dan mengenali latarbelakang calon jua bermusyawarah dengan insan-insan berilmu dan amanah. Kita membuat keputusan memilih si dia, dan kita kemudiannya bukan meminta pada Allah agar dia menjadi jodoh kita, tapi kita meminta keputusan Allah atas usaha-usaha kita, dan pastinya atas ilmu dan kebijaksanaan Allah. Malah, itulah misteri yang sejak dulu Allah telah tetapkan.
Alhamdulillah.. SubhanAllah.. Allahu Akbar..
Nikmat bernikah sebenarnya terlalu indah dari yang kalian bayangkan. Nikmat itu bukan hanya pada hubungan jasmani, bukan hanya kerana bersatunya emosi suami isteri tapi lebih besar dari itu. Nikmat bernikah itu ada pada hati-hati yang berusaha dihidupkan dengan iman.
Sangat indah saat hati mampu merasai kurnia Allah yang Maha Penyayang. Dia yang menitiskan sakinah, ketenangan dan kenyamanan berada dalam kasih sayang berpasangan. Cinta yang mengalir sebening air yang menyejukkan hati-hati yang beriman.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang"
(Surah Maryam ayat 96)

Indahnya menikah saat hati mampu merasa syukur atas limpahan rahmat Allah yang melingkari segenap kehidupan. Allah berkehendak menitipkan cinta dan rindu sesama suami dan isteri, hingga kalian menikmati kebahagiaan.


"Ya Allah... Kasih sayangMu terlalu hebat.. terlalu agung.. Allah Yang Maha Mulia, Maha Pemurah, segala puji bagiMu Ya Allah.. yang membenihkan kecintaan dan kerinduan di hati-hati kami suami isteri."

Dia – pasangan kita - insan yang berbeza. Datang dari keluarga dan latarbelakang berbeza. Namun dengan iman, kalian melayani pasangan dengan baik, penuh kasih sayang dan kelembutan. Kalian meminta-minta pada Allahur Rahman.

"Ya Allah Yang Maha Memberi Petunjuk... Tunjukilah kami dengan akhlak yang baik, jauhkan lah kami dari akhlak yang buruk."
Karakter pasangan yang menguji perasaan, dihadapi dengan iman. Kalian bermujahadah untuk menolak kesalahan pasangan dengan cara yang lebih baik. Hingga kasih sayang semakin merimbun di dalam rumahtangga itu.


"Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia"
(Surah Fussilat ayat 34)

Dengan iman, kalian saling berkhidmat pada pasangan hanya kerana mengharap keredhaan Tuhan. Hati-hati berusaha diikhlaskan. 

Seorang isteri... senyuman, perkataan, perbuatan, teguran, masakan, kebersihan, kelembutan, belaian, penjagaan zuriat dan rumahtangga seluruhnya mengharap pertolongan Allah Yang Maha Membantu.

Seorang suami... harta benda, kediaman, kenderaan, kewangan, perhatian, kasih sayang, nafkah zahir batin pasangan, kebahagiaan rumahtangga yang dipimpin dan diusahakan.. SemuaNYa kerana keyakinan dan ketaqwaan kepada Tuhan.

Apabila suami dan isteri berusaha membugarkan iman dan apabila pernikahan digerakkan di landasan iman.. itulah syurga dunia yang diidamkan.Namun di sana, ada suami dan isteri yang benar –benar teruji dengan keburukan pasangan. Tatkala dirinya berusaha memberi yang terbaik, pasangan sebaliknya memandang remeh amanah pernikahan.
Tingkah pasangan yang menyesakkan perasaan, bulan dan tahun berganti tiada perubahan, jauh dari keharmonian yang diimpikan. Wahai tuhan, apakah Engkau sedang memberi hukuman?Maha Suci Allah dari menzalimi hamba-hambaNYA. Namun, Allah dengan kasih sayang yang agung mengizinkan ujian getir menimpa rumahtangga kalian, kerana Dia begitu mencintaimu.
Dalam lafaz-lafaz doa kita yang dulu, bukankah kita memohon pernikahan untuk menambah iman?
Nah, Allah memberi ujian kesenangan dan kesulitan dalam pernikahan, agar pernikahan benar-benar menjadi wasilah untuk kita makin dekat, semakin dekat ke pangkuanNya. Makin mendalamkan iman dan cinta kita kepadaNya.

Tika kesabaran teruji dengan kerenah pasangan, berimankah kita dengan janji Allah akan ada kesenangan selepas kesusahan?
Tika kekusutan rumahtangga membelenggu jiwa, berimankah kita dengan ayatNya bahawa jalan keluar senantiasa ada buat hambaNya yang bertaqwa?
Tika kita memaafkan dan bersabar dengan segala keburukan pasangan, berimankah kita bahawa kemanisan iman itu terhasil bila kita tulus mencintai kerana Allah?

Ya, perkahwinan bukan mudah, terlalu banyak ranjau ujian, namun dengan iman pastinya tidak akan mudah hilang pedoman. Dengan iman, merasa Dia memberi bimbingan dan pertolongan. Melaluinya dengan kesabaran, kesyukuran... akhlak Rasulullah berusaha diterjemahkan, tuntutan Al-Quran berusaha direalitikan dalam kehidupan (rumahtangga).
Rasulullaah SAW bersabda yang bermaksud:-

"Alangkah menakjubkan keadaan seorang Mu'min. Setiap persoalan yang dihadapinya selalu menjadi kebaikan. Dan sikap itu tidak bisa dimiliki oleh siapa pun kecuali orang Mu'min. Apabila kegembiraan menghampirinya, dia bersyukur, dan itu menjadi kebaikan baginya. Dan apabila kesusahan menimpanya, dia bersabar, dan itu menjadi kebaikannya baginya."
(Hadis Riwayat Muslim)

Bahagialah kalian yang memilih iman sebelum, semasa dan sehingga pernikahan itu berlangsung di dunia, moga nikmatnya berterusan hingga ke syurga. InsyaAllah...
Teruskan bermujahadah, untuk merasa nikmat pernikahan yang amat manis lagi indah, jua menikmati musim-musim ujian cabaran agar pernikahan terus menjadi wasilah taqarrub ilAllah (dekat kepada Allah).

[sumber : iluvislam] Views Views

ROMANTIK ITU SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W

Rasulullah Sollahhu 'Alaihi Wasallam (SAW) adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat ke-4 yang bermaksud : "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung."
Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menempatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda.


Isteri Sebagai Bukti
Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.
Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah-olah sedang menghayati novel cinta romantik.


Mandi Bersama
Diberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa  Aisyah berkata bahawa : "Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq." Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.
Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.


Hantar Isteri Keluar Rumah
Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata :
"Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)." [Hadis Bukhari dan Muslim]
Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa "Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta."


Bukakan Pintu Kereta
Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.


Bawa Isteri Jalan-Jalan
Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa "Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya."
Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)


Suapkan Makanan
Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : "Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu." Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?


Belaian & Bermanja
Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa :
"Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian."
Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa "Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid."
Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata "Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku."
Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa :
"Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW". (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.


Pengubat Hati 
Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa :
"Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit." (Bukhari dan Muslim)

Bergurau Senda
Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) ke rumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk di antara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata :
"(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu."
Saodah menolak dengan berkata : "Aku tidak akan memakannya."
Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai'e, Ibn Abi Dunya)
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.
Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan.



Panggilan Manja
Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil "Ya Humaira" kepada Aisyah yang bermaksud "Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah". Ia membuatkan ikatan itu lebih intim.
Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja "Ya Aisy" yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.



Jangan Malu Jadi Romantik
Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan.
Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.

Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.
Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami; adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet?


Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW. Views Views

Friday 12 April 2013

BAB FAKTOR PEMILIHAN PASANGAN HIDUP :-)

Islam telah menggariskan garis panduan yang lengkap untuk bakal-bakal suami dan isteri di dalam memilih pasangan hidup.

*** ASAS PEMILIHAN JODOH ***
  1. Agama
  2. Kecantikan
  3. Keturunan
  4. Harta
 FAKTOR AKHLAK WANITA
  1. Wanita yang mempunyai KESABARAN
  2. Wanita yang CUKUP dengan SEORANG SUAMI
  3. Wanita yang SANGGUP menerima PIMPINAN SUAMI
  4. Wanita yang CERGAS & KREATIF
  5. Wanita yang HALUS BUDI PEKERTI
  6. Wanita yang KUAT BERBADAH


FAKTOR SOSIAL WANITA
  1. Wanita yang MENJAGA KEHRMATAN DIRI
  2. Wanita yang APABILA DILIHAT MENYEJUKKAN MATA
  3. Wanita yang SEKUFU


FAKTOR-FAKTOR LAIN
  1. Wanita yang mempunyai KETURUNAN YANG RAMAI
  2. Wanita yang UMURNYA X KURANG DARIPADA 16 TAHUN
  3. Wanita yang SEDIKIT MAS KAHWIN


 FAKTOR PASANGAN LELAKI
  1. FAKTOR ''Agama''  -Beragama Islam
  2. Lelaki YANG JUJUR & KUAT IBADAH


FAKTOR SOSIAL LELAKI
  1. Lelaki yang SETARAF
  2. Lelaki yang BOLEH DIJADIKAN GANTI AYAH & IBU
  3. Lelaki yang BUKAN PENZINA / PEMABUK / PENCURI / TIDAK YANG  ''ASI''
  4. Lelaki yang MENJAGA DARJAT DIRI
  5. Lelaki yang BERKEBOLEHAN MENGENDALIKAN RUMAHTANGGA
  6. Lelaki yang mempunyai PENUH KEPERCAYAAN
  7. Lelaki yang MUDAH MEMBERI MAAF
  8. Lelaki yang PENYAYANG
  9. Lelaki yang ROMANTIK

FAKTOR-FATOR LAIN
  1. Lelaki yang X kurang daripada 18 tahun
  2. Lelaki yang Berkemampuan
  3. Lelaki yang rajin & berpengalaman luas

Views Views

BAB IBADAH :-)

Asal perkataan IBADAH ==> Dari perkataan Arab iaitu Merendah diri / Tunduk / Patuh / Taat / Menghina diri & memperhambakan diri kepada Allah s.w.t.

ISTILAH SYARAK ...
  • Taat / patuh & merendahkan diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t
  • Mengikut peraturan & suruhan Allah sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran &              Sunnah Rasulullah s.a.w.
  • Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat.
  • Ia merangkumi makna ketundukan & kecintaan kepada Allah s.w.t.


ASAS- ASAS IBADAH

KETUNDUKAN ==> Menurut , mengikut & mendekatkan diri dengan segala perintah yang telah disyariatkan Allah.Ketundukan ini berasaskan kepada perasaan sedar terhadap keesaan.Allah & kekuasaannya di atas segala sesuatu dibandingkan dengan kedaifan dan kekerdilan diri sendiri.


KEPATUHAN ==> Kepatuhan  ini hendaklah juga lahir dari rasa cinta kepada Allah. Ia berdasarkan kesedaran manusia terhadap limpah kurnia Allah, nikmat-nikmat & rahmat-Nya.kesedaran ini juga lahir dari rasa kagum terhadap kemuliaan & kesempurnaan Allah.


CIRI-CIRI IBADAH
  • Perhubungan manusia dengan Tuhan adalah secara terus-tidak memerlukan perantaraan sebagaimana ajaran kristian.Allah sahaja hukum, tempat mengadu & meminta ampun.
  • Peribadatan tidak terkonkong di tempat-tempat tertentu.
  • Ruang ibadah di dalam Islam sangat luas meliputi setiap aktiviti kehidupan manusia.Setiap yang dilakukan adalah ibadah sekiranya cukup syarat.


JENIS IBADAH
  1. IBADAT KHUSUS ==> [ Wajib Dilakukan ]
  • Solat 
  • Zakat
  • Puasa
  • Haji
- Ibadat Khusus...merupakan perintah-perintah yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung di dalam Rukun Islam seperti solat, puasa, zakat haji.

- Ianya bersifat taufiqiyyah... iaitu dilaksanakan menurut garis-garis yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w & berhenti setakat sampai dan yang telah ditentukan oleh syarak dan sebagaimana yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah s.a.w tanpa boleh ditambah @ dikurangkan @  membuat sebarang perubahan terhadapnya.

SABDA RASULULLAH S.A.W :::  ''Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang'' [ Sahih Bukhari ]


     2. IBADAT UMUM ==> [ Sunat Dilakukan ]
  • Sedekah
  • Gotong-royong
  • Menolong ibu bapa
-Ibadat Umum... merupakan segala perkara @ amalan selain daripada kumpulan ibadah khusus di atas yang dilakukan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Ini termasuklah seluruh perbuatan manusia dalam kehidupan sehariannya.

  • IBADAH BADARIAH - Tubuh badan seperti sembahyang sunat / menolong orang susah 
  • IBADAH MALLIYAH - Harta benda seperti zakat, memberi sedekah
  • IBADAH QALBIYAH - Hati seperti sangka baik/ ikhlas / x hasad dengki  
 SYARAT AMAL UNTUK MENDAPAT STATUS IBADAH
  • Yusuf Al-Qardhawi di dalam bukunya ibadah dalam Islam telah memberikan syarat-syarat supaya sesuatu itu mendapat status IBADAH.
  • Amalan-amalan yang dilakukan itu mestilah bersesuaian dengan hukum Islam & bercanggah dengan hukum tersebut.
  • TIDAK MENCUAIKAN ibadah-badah khusus seperti solat / zakat / dan sebagainya dengan melaksanakan ibadah-ibadah umum.

Views Views

BAB AKHLAK :-)

DARI SEGI BAHASA ==> Berasal dari perkataan '' Al-Akhlaaku '' iaitu kata jamak daripada perkataan [Al-khuluqu ] => iaitu tabiat / kelakuan / perangai / tingkah laku / matuah / adat kebiasaan  / malahan beerti agama itu sendiri.


AL - KHULUQU.... di dalam al-quran  hanya terdapat pada 2 tempat sahaja ::: 
'' Dan bahawa sesungguhnya engkau ( Muhammad ) mempunyai akhlak yang amat mulia.
[ Al-Qalam : 4 ]


DARI SEGI ISTILAH ==> Sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang & mudah tanpa pemikiran, penelitian & paksaan.

  1. BERSIFAT MUTLAK & MENYELURUH 
  • Akhlak Islamiyah bersifat mutlak, x boleh dipinda @ diubahsuai  & dikenakan kepada seluruh individu tanpa mengira keturunan, warna kulit, pangkat, tempat & masa. 
      2. MELENGKAPKAN & MENYEMPURNAKAN TUNTUTAN
  • Ditinjau dari sudut kejadian manusia yang dibekalkan dengan pelbagai naluri, akhlak Islamiyah adalah merangkumi semua aspek kemanusiaan rohaniyyah, jasmaniyyah & aqliyyah, sesuai dengan semua tuntutan naluri dalam usaha mengawal sifat-sifat yang tercela                                ( sifat mazmumah ) untuk kesempurnaan insan, bukan untuk mengawal kebebasan peribadi seseorang.
     3. BERSIFAT SEDERHANA & SEIMBANG
  • Tuntutan akhlak dalam Islam adalah SEDERHANA, x membebankan sehingga menjadi pasif & t=x pula membiarkan sehingga menimbulkan bahaya & kerosakan.
     4. MENCAKUPI SURUHA & LARANGAN
  • Bagi kebaikan manusia, perlaksanakan akhlak Islamiyah meliputi suruhan & larangan dengan x boleh mengutamakan @ mengabaikan mana-mana aspek berikut.
     5. BERSIH DALAM PELAKSANAAN     
  • Untuk mencapai kebaikan akhlak Islamiyyah memerintah supaya cara & metod perlaksanaan sesuatu perbuatan & tindakan itu hendaklah dengan cara yang baik & saluran yang benar yang telah telah ditetapkan oleh akhlak Islamiyyah. ERTINYA, untuk mencapai sesuatu matlamat, cara perlaksanaannya mestilah bersih menurut tata cara islam.
     6. KESEIMBANGAN   
  • Akhlak dalam islam membawa kesinambungan bagi tuntutan realiti hidup antara kerohaniyyah & jasmaniyyah serta aqliyyah dan antara kehidupan dunia & akhirat sesuai dengan tabii manusia itu sendiri.


 HUBUNGAN MANUSIA dengan PENCIPTA
  • Mengenal Allah dengan yakin
  • Merasa kebesaran  Allah
  • Merasa takut kepada Allah
  • Merasa sentiasa diawasi
  • Merasa rendah diri terhadap Allah
  • Meredhai setiap takdir
  • Sabar atas ujian
  • Mencintai Allah lebih dari yang lain
  • Tawakal kepada Allah
  • Mengharapkan rahmat Allah
  • Rindu kepada syurga & pertemuan dengan-Nya


HUBUNGAN MANUSIA dengan MANUSIA
  • Mencintainya sebagaimana mencintai dirinya sendiri
  • Merasa gembira
  • Merasa sedih
  • Mengharapkan kebaikan buatnya
  • Jauh dari bencana 
  • Benci terhadap kejahatannya 
  • Kebaikan ditiru
  • Keburukan diperbaiki & dirahsiakan
  • Mengenang jasanya
  • Memaafkannya & sanggup minta maaf
  • Berlapang dada & berbaik sangka dengan manusia.


HUBUNGAN MANUSIA dengan PERSEKITARAN
  • Manusia sebagai pentadbir muka bumi
  • Bertanggungjawab memakmurkan bumi
  • Kebersihan & keindahan
  • Tidak membazir
  • Penggunaan sumber yang lengkap


   Views Views

PERSEDIAAN PERKAHWINAN 2 : BAB AKIDAH :-)


mari share ilmu di sinie... !

FAMILY INSTITUTION MANAGMENT  ^_^
Setiap khamis
5.00 p.m hingga 7.00 p.m ( 2 hour )
Bertempat di Fakulti Undang-undang
Pengajar : Ustaz Puaad bin Osman [019-9210207]







first week membincangkan tentang bab akidah iaitu ''SYAHADAH'' !

BAHASA ==>  ''Penyaksian''

ISTILAH   ==> PENYAKSIAN bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah & Nabi Muhammad s.a.w adalah utusannya.


KONSEP SYAHADAH ....
  • Tauhidkan Allah & mejaga syariat.
  • Pengakuan yang terbit dari hati.
  • Menyerah diri.
  • Bukan suatu lafaz yang mudah.   
Kesempurnaan Aqidah seorang muslim bergantung kepada  sejauh mana ia dapat menyempurnakan rukun & syarat-syarat syahadah.


Begitu juga Aqidah yang telah sempurna itu boleh rosak apabila rukun & syaratnya dilanggar.
Contohnya ===> Dengan akidah, dia tidak akan membawa manamana wanita itu
                            tanpa ikatan yang sah. 


RUKUN SYAHADAH...
  1. Mengisbatkan (*menerapkan) zat Allah
  2. Mengisbatkan sifat Allah
  3. Mengisbatkan Afaal Allah 
  4. Mengisbatkan kebenaran Rasulullah s.a.w 


SYARAT SYAHADAH...
  • Memahami erti & maksud syahadah
  • Mampu menyebut & membacakan kalimah syahadah ( diucapkan dengan lidah )
  • Menyakini dalam hati maksud syahadah iaitu menyakini hak-hak Allah & Rasul
  • JANGAN ADA di dalamnya ' syak'
  • JANGAN ADA di dalamnya ''wahan''
  • JANGAN ADA di dalamnya ''zan''
  • Beramal dengan apa yang diyakini & menolak segala sesuatu yang merosakkan syahadah.


JAHIL ==> Tidak tahu satu @ banyak perkara mengenai persoalan iman maka ''seorang jahil''

SYAK ==> Antara keyakinan & keraguan [ 50% yakin & 5% keraguan ]

WAHAN ==> [ 25% keyakinan & 75% keraguan ]

ZAN ==> Kuat anggapan [ 75% keyakinan & 25% keraguan ]





HIDUP BERAQIDAH...
  • Orang yang mengucapkan syahadah dikira sebagai muslim
  • Orang islam patut tunduk & patuh
  • Allah berfirman : ''Hanya Islam agama yang diredhai oleh Allah'' yang membezakan ajaran rasul-rasul terdahulu ialah SYARIAT.
  • Yang pastinya SYARIAT berbeza tetapi AGAMA SAH ialah ISLAM...
  • Pelanggaran terhadap ketetapan Allah ini akan merosakkan & menghancurkan kehidupan manusia.

KESAN SYAHADAH YANG BENAR...

KESAN DI DUNIA ===> Memberi kebahagiaan sepanjang hidup & tidak akan tersesat.
 

KESAN DI AKHIRAT ===> Bawa syahadah bila bertemu Allah & Allah akan bertanya kalimah   
                                                tersebut di alam barzakh sehingga ke Padang Mahsyar dan menemukan
                                                kebahagiaan di akhirat.



AQIDAH & SYARIAT ADALAH BERGANDINGAN



  • Allah menurunkan 5 hukum... :-)
  1. MAKRUH - Perkara yang dituntut untuk ditinggalkan, sekiranya ditinggalkan dapat PAHALA, sekiranya dibuat TIDAK BERDOSA.
  2. SUNAT - Perkara yang dituntut dibuat, sekiranya dibuat dapat PAHALA, sekiranya ditinggalkan TIDAK BERDOSA.
  3. WAJIB - Perkara yang wajib dibuat & sekiranya ditinggalkan BERDOSA.
  4. HARAM - Perkara yang wajib ditinggalkan , sekiranya dilakukan BERDOSA

  • 5 perkara yang dijaga... :-)
  1. Agama
  2. Nyawa
  3. Akal
  4. Keturunan
  5. Harta


AQIDAH PERLU DIJAGA...
  • AQIDAH perlu dijaga sehingga ajalnya dijamin masuk syurga.
  • Hadis Rasululah s.a.w  :  '' Sesiapa yang akhir kalamnya mengucap akan masuk Syurga''



PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH..
  1. Menyekutukan Allah
  2. Menafikan nikmat Allah
  3. Biadap terhadap Rasulullah s.a.w
  4. Melantik orang kafir yang Musyrik menjadi pemimpin
  5. Memberikan sokongan dalam menentang Islam
  6. TIDAK melaksanakan hukum islam
  7. Menentang perkara-perkara dalam Islam
  8. TIDAK BERIMAN kepada Al-Quran & Hadis
  9. Menggubal undang-undang selain Islam
  10. Mengkafirkan orang





Views Views