ASSALAMMUALAIKUM...nie blog ERLINA ROSLAN ^_^ terima kasih sudi membaca huhu esok datang lagi yee.. n nak ucap gakkkk terima kasih spe yang sudi singgah di blog ina ....cuma cuma nak cakap skitt hehe ::SAYANG KAT MAK AYAH kowang ketat-ketat tawww..Doakan kan diorang selalu...IBUUUU kita tidak akan menangis apabila kita membuat keputusan yang betul. Beliau menangis apabila kita mensia-siakan hidup kita. ingatt tuee... ^_^

Thursday 28 June 2012

JUJURLAH !

 ‘HONESTY IS THE BEST POLICY’ hihihi zaman skunk niee korang rasa2 senang @  x nak jumpee orang jujur hohoho... bergembira laa klu korang mempunyai sahabat yang jujur pada korang. *kanak-kanak pun jujur kan? Hahaha tapi kalau dah kena hasut.. x pandai nak jawab nya ^_^
Adalah sesuatu yang PELIK jika seseorang mampu berkata jujur,sedangkan tabiat lidahnya mengeji,menghina dan berkata lucah.Sungguh benarlah sabda nabi s.a.w bahawa ‘’ Tidak beriman seseorang itu selagi dia belum berupaya menuturkan kata-kata yang baik sahaja ‘’

*Seseorang tidak berhias dengan sesuatu yang lebih utama dengan kejujuran*
·         Percaya atau tidak, Allah s.w.t telah menjadikan setiap anggota badan kita untuk berlaku jujur kecuali lidah. Mungkin kadang-kadang kita boleh menghafal segala jawapan menggunakan lidah.Namun, tak semua jawapan itu ‘ dipersetujui’ oleh anggota badan yang lain.Itu di dunia, di makamah dunia...tetapi di akhirat kelak ketika dibicarakan, yang akan menjawab persoalan ialah tangan dan kaki. Kannn? Dah bersedia kee kitee semua ‘’face to face’ with Allah kelak ?

Orang berdusta MENCARI PELUANG
Menambah DOSA
Orang jujur MENCARI PELUANG
Mengumpul pahala  ^_^

*Jujur itu petanda iman kukuh*
Hati orang jujur sentiasa terikat dengan Allah.Semua perkara yang dilakukannya mesti ‘dirujuk’ kepada Allah.Contohnya, apabila berpuasa mereka tidak perlu mencari jalan hendak makn sembunyi-sembunyi pada siang hari kerana kejujuran pada hatinya itu telah  membuatkan dirinya sentiasa berasa dipandang & diawasi oleh Allah.


Percayalah... orang jujur itu seolah-olah menyemai benih-benih hebat di sebuah taman yang segar lagi mekar.Mereka barangkali dianggap lurus bendul kerana terlalu mengikut peraturan...Subhanalla,tenanglah jiwa insan yang hatinya harum dengan kejujuran.Di dunia niee, mereka sudah dijauhkan daripada kesengsaraan.Walau TIDAK KAYA, namun REZEKI SENTIASA ADA.Walaupun TIDAK POPULAR, tetapi ORANG SENTIASA INGIN MENDEKATINYA. Walaupun TIDAK BERPENGARUH, kata-katanya BERPENGARUH, kata-katanya TERPAKAI sebagai rujukan serta terkandung HIKMAH. Walaupun TIDAK BERWAJAH MENAWAN @ KACAK... tapi kejujuran yang terpamer membuatkan wajah mereka tenang untuk dipandang. Adakah kita mempunyai kualiti itu ? 

Jujur itu perlu diusaha
Hanya nafsu berkata susah

Budaya jujur jadikan tradisi
Akhlak yang baik sama diwarisi

Dusta itu penghancur iman
Bebaskan dari kamus kehidupan

 Jujurlah apabila korang...
-diberi tanggungjawab
- beramal
- berkata-kata
- berjuang
-menyampaikan ilmu
-mengadili
-berdakwah



* jaga lah hubungan dengan ‘habumminallah ‘ [ hubungan dengan Allah s.w.t ] &
 ‘hablumminannas’ [ hubungan dengan manusia ]
 nota hati say ::: * berusahalah melakukan kebaikan walau sekecil mana sekalipun =)) *
Views Views

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi membaca di blog saya ^_^