ASSALAMMUALAIKUM...nie blog ERLINA ROSLAN ^_^ terima kasih sudi membaca huhu esok datang lagi yee.. n nak ucap gakkkk terima kasih spe yang sudi singgah di blog ina ....cuma cuma nak cakap skitt hehe ::SAYANG KAT MAK AYAH kowang ketat-ketat tawww..Doakan kan diorang selalu...IBUUUU kita tidak akan menangis apabila kita membuat keputusan yang betul. Beliau menangis apabila kita mensia-siakan hidup kita. ingatt tuee... ^_^

Wednesday 11 July 2012

FAHAMI SURAH YASSIN

Jom teliti setiap ayat surah Yassin... ( 83 ayat )

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

  1. Ya sin.
  2. Demi Al-Quran yang penuh hikmah.
  3. Sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul,
  4. ( Yang berada ) di atas jalan yang lurus,
  5. ( Sebagai wahyu ) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.
  6. Supaya kamu memberi peringatan kepada yang datuk nenek mereka belum pernah diberi peringatan; kerana itu mereka lalai.
  7. Sesungguhnya, telah pasti berlaku perkataan ( ketentuan Allah ) terhadap kebanyakan mereka, kerana mereka tidak beriman.
  8. Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tanganmereka ( diangkat ) ke dagu, maka kerana itu mereka tertengadah.
  9. Dan kami jadikan dinding di hadapan dan dinding di belakang mereka, dan Kami tutup ( pandangan ) mereka; sehingga mereka tidak dapat melihat.
  10. Sama sahaja kepada mereka sama ada kamu beri peringatan kepada mereka atau tidak beri peringatan kepada mereka, mereka tidak akan beriman.
  11. Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mahu menuruti peringatan dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihat-Nya.Maka berilah mereka berita gembira tentang keampunan dan pahala yang paling mulia.
  12. Sesungguhnya Kami menghidupkan orang yang telah mati, dan Kami catatkan segala yang mereka telah kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan.Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata ( Lauh Mahfuzh )
  13. Dan ceritakanlah kepada mereka satu perumpamaan, iaitu penduduk sebuah negeri ketika mereka didatangi utusan-utusan ( Kami ).
  14. Ketika Kami mengutus dua orang utusan kepada mereka, mereka mendustakan keduanya; kemudian Kami perkuatkan dengan ( utusan ) yang ketiga; maka mereka berkata: ''Sesungguhnya kami ini diutuskan kepada kamu semua.''
  15. Mereka menjawab : ''Kamu ini tidak lain,hanyalah manusia seperti kami juga; dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatu pun, kamu tidak lain hanyalah berdusta belaka.''
  16. Mereka berkata: '' Tuhan kami mengetahui bahawa sesungguhnya kami adalah orang yang diutuskan kepada akamu.
  17. Dn Tugas kami hanyalah menyampaikan ( perintah Allah ) yang terang nyata itu.''
  18. Mereka menjawab : ''Sesungguhnya kami bernasib malang kerana kamu, sesungguhnya kalau kamu tidak berhenti ( menyeru kami ), tentulah kami akan merejam kamu, dan sudah tentu kamu akan merasai azab yang amat menyakitkan dari kami.'' 
  19. Utusan-utusan itu berkata : ''Nasib malang itu adalah kerana kamu sendiri. Apakah jika kamu diberi peringatan ( kamu mengancam kami )? Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas !''
  20. Dan datanglah seorang lelaki dari hujung kota berlari-lari, katanya: ''Wahai kaumku! Ikutlah utusan-utusan itu,
  21. Ikutlah orang yang tidak meminta sesuatu balasan pun daripada kamu, sedang mereka adalah orang yang mendapat petunjuk.''
  22. Mengapa aku tidak menyembah ( Tuhan ) yang telah menciptakanku dan yang hanya kepada-Nyalah kamu (semua) akan dikembalikan ?
  23. Mengapa aku akan menyembah beberapa tuhan selain-Nya, jika ( Allah ) Tuhan Yang Maha Pemurah itu menghendaki kemudaratan trhadapku, mereka tidak dapat memberi apa-apa syafa'at kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkanku.
  24. Sesungguhnya aku kalau begitu pasti berada dalam kesesatan yang nyata.
  25. Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhanmu; maka dengarlah ( pengakuan keimanan ) ku!''
  26. Dikatakan ( kepadanya ) : ''Masuklah kamu ke dalam syurga!'' Ia berkata: ''Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui,
  27. apa yang menyebabkan Tuhanku memberi ampun kepadaku dan menjadikan akudari kalangan orang yang dimuliakan.''
  28. Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya, sesudah dia meninggal, sebarang pasukan dari langit, dan tidak layak Kami menurunkannya.
  29. Tidak ada seksaan atas mereka melainkan satu teriakan suara sahaja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati.
  30. Alangkah besarnya penyesalan terhadap hamba-hamba itu, tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-oloknya.
  31. Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat yang telah kami binasakan sebelum mereka,bahawasanya orang-orang ( yang telah Kami binasakan) itu tiada kembali kepada mereka.
  32. Dan setiap mereka semuanya akan dikumpulkan lagi kepada Kami.
  33. Dan suatu tanda ( kekuasaan Allah yang besar ) bagi mereka adalah bumi yang mati.Kami hidupkan bumi itu serta Kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripadanya mereka makan.
  34. Dan Kami jadikan padanya kebun kurma dan anggur, dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air,
  35. supaya mereka dapat makan dari buahnya, dan dari apa yang diusahakan oleh tangan mereka.Maka mengapakah mereka tidak bersyukur?
  36. Maha suci Tuhan yang telah menciptakan semuanya berpasangan, sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, ataupun dari diri mereka dan juga dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
  37. Dan suatu tanda ( kekuasaan Allah yang besar ) bagi mereka ialah malam; Kami tanggalkan siang dari malam itu, dengan serta-merta mereka berada dalam kegelapan,
  38. dan matahari berjalan di tempat peredarannya.Itulah ketetapan Tuhan Yang Maha Perkasa, lagi Maha Mengetahui.
  39. Dan untuk bulan Kami telah tentukan untuk bulan tempat ia beredar, sehingga ia kembalinya sebagai bentuk tandan yang tua.
  40. Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan juga malam tidak dapat mendahului siang.Masing-masing beredar pada garis edarannya.
  41. Dan satu tanda ( kebesaran Allah yang besar ) bagimereka ialah Kami membawa keturunan keluarga mereka dalam sebuah bahtera yang penuh muatan,
  42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kenderai seperti bahtera itu.
  43. Dan jika Kamikehendaki, nescaya Kami boleh tenggelamkan mereka, maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan.
  44. Tetapi ( Kami selamatkan mereka) kerana rahmat yang besar dari Kami, dan untuk memberikesenangan hidup sampai ke suatu masa.
  45. Dan apabila dikatakan kepada mereka : ''Takutlak kamu akan seksa yang ada di hadapan kamu, dan apa yang akan datang, supaya kamu beroleh rahmat'', ( nescaya mereka berpaling ).
  46. Dan sekali-kali tiada datang kepada mereka suatu tanda dari tanda-tanda kekuasaan Tuhan mereka, melainkan mereka selalau berpaling daripadanaya.
  47. Dan apabila dikatakan kepada mereka: ''Nafkahkanlah sebahagian daripada rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu'', orang-orang yang kafir itu berkata kepada orang yang beriman: ''Apakah kami akan memberi makan kepada orang-orang yang jika Allah kehendaki tentulah Dia akan memberinya makan, kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata.''
  48. Dan mereka berkata: ''Bilakah ( terjadinya Hari Akhirat ) yang dijanjikan itu jika betul kamu orang yang benar?''
  49. Mereka tidak akan menunggu melainkan satu teriakan sahaja yang alkan membinasakan mereka sewaktu mereka berada dalam keadaan leka bertengkar.
  50. Maka dengan itu mereka tidak berpeluang untuk membuat suatu wasiatpun dan mereka tidak sempat kembali kepada Tuhan mereka.
  51. Dan Sangkakala itu ditiup, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kubur ( menuju ) kepada Tuhan mereka.
  52. Mereka berkata: ''Aduhai! Celakanya kami ini! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur ( kubur ) kami?'' ''Inilah dia yang telah dijanjikan ( oleh Tuhan ) Ynag Maha Pemurah dan memang benarlah rasul-rasul.''
  53. Hanyalah dengan berlakunya satuteriakan sahaja, tiba-tiba mereka semua dikumpulkan kepada Kami.
  54. Maka pada hari itu, tiada seorang pun yang akan dianiaya sedikit pun, dan kamu pula tidak akan dibalas kecuali dengan amalan yang kamu telah kerjakan.
  55. Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang-senag dalam kesibukan.
  56. Mereka dan teman ( akrab) mereka berada dalam tempat yang teduh sambil duduk berteleku dia atas dipan-dipan ( bangku panjang yang rendah ).
  57. Dalam syurga itu mereka perolehi buah-buahan; dan mereka peroleh apa sahaja yang mereka minta.
  58. ( Kepada mereka dikatakan ) : ''Salam Sejahtera!'' ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang
  59. Dan ( dikatakan kepada orang-orang kafir ) :'' Berpisahlah kamu ( dari orang-orang beriman ) pada hari ini, hai orang-orang yang berbuat jahat.
  60. Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak Adam, supaya kamu tidak menyembah syaitan? kerana sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu.''
  61. Dan hendaklah kamu mengabdikan diri kepadaKu; inilah jalan yang lurus.''
  62. Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antara kamu. Maka apakah kamu tidak memikirkan?
  63. Inilah neraka Jahannam yang dahulu kamu diberikan amaran ( tentangnya )
  64. Masuklah ke dalamnaya pada hari ini disebabkan kamu dahulu mengingkarinya.
  65. Pada hari itu Kami tutup mulut mereka dan tangan metreka akan memberitahu Kami, dan kakimmereka akan menjadi saksi tentang apa yang telah mereka usahakan.
  66. Dan kalaulah Kami menghendaki, pastilah Kami hapuskan penglihatan mata mereka; lalu mereka berlumba-lumba (mencari) jalan.Maka bagaimanakah mereka dapat melihat?
  67. Dan kalaulah Kami menghendaki pastilah Kami ubah merekadi tempat mereka berada; maka mereka tidak sanggup mara ke hadapan dan juga berpatah balik.
  68. Dan sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami kembalikan dia kepada kejadian ( keadaan awalnya); Maka apakah mereka tidak memikirkan?
  69. Kami tidaklah mengajarkan syair kepadanya (Muhammad), dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al-Quran itu tidak lain satu pengajaran dan kitab yang memberi penerangan.
  70. Supaya dia ( Muhammad ) memberi peringatan kepada orang yang hidup dan supaya pastilah              ( ketetapan azab ) terhadap orang-orang kafir.
  71. Tidak kah mereka melihat bahawa Kami telah menciptakan binatang ternak untuk mereka, iaitu sebahagian dari apa yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami, yang kemudiannya mereka menguasai ( nya ) ?
  72. Dan kami tundukkan haiwan-haiwan itu untuk mereka; sebahagiannya menjadi kenderaan, dan sebahagian lagi menjadi makanan.
  73. Dan mereka mendapat pelbagai faedah dan minuman ( pada haiwan ternakan itu ). Maka mengapakah mereka tidak mahu bersyukur ?
  74. Mereka mengambil sembahan lain selain Allah supaya mereka mendapat pertolongan.
  75. Sembahan-sembahan itu tidak dapat menolong mereka; padahal sembahan itu sendiri menjaditentera yang disiapkan untuk ( mengawasi ) mereka.
  76. Maka janganlah ucapan mereka menyedihkan kamu, sesungguhnaya Kami mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka nyatakan.
  77. Tidakkah manusia itu memerhatikan bahawa Kami menciptakannya dari setitik air mani, maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata!
  78. Dan dia membuat perumpamaan kepada Kami, dan dia pula lupa kepada kejadiannaya, dia bertanya: ''Siapakah yang boleh menghidupkan tulang yang telah hancur luluh itu ? ''
  79. Katakanlah : ''Ia akan dihidupkan kembali oleh Tuhan yang telah menciptakannya kali yang pertama.Dan Dia Maha Mengetahui mengenai setiap makhluk.
  80. Iaitu Tuhan menjadikan api dari kayu yang hijau untukmu, maka tiba-tiba dari kayu itu kamu nyalakan api''.
  81. Dan tidakkah Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi berkuasa pula mencipta semula jasad-jasad mereka yang sudah hancur itu ? Benar. Dia Berkuasa. Dan Dialah Maha pencipta lagi Maha Mengetahui.
  82. Sesungguhnya perintah-Nuya apabila Dia menghendaki ( adanya ) sesuatu, hanyalah berfirman kepadanya ''Jadilah'', maka ia pun menjadi.
  83. MakaMaha Sucilah ( Allah ) yang kekuasaan atas segala sesuatu di tangan-Nya dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.


kan? dalamnya terselit keadaan yang berlaku pada hari akhirat kelak..* kita dicipta oleh-Nya & dikembalikan juga kepada-Nya... Ya Allah bimbinglah aku dalam setiap langkah hidupku.. *  sebaik-baik yew amalkan membaca surah ini.. O Allah teach me to love others like I love myself, teach me to judge myself  like I judge others. And if I have wronged anyone, give me the courage to apologize, and If anyone wrong me, give me the courage to forgive to others..Amennn ...
Views Views

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi membaca di blog saya ^_^