ASSALAMMUALAIKUM...nie blog ERLINA ROSLAN ^_^ terima kasih sudi membaca huhu esok datang lagi yee.. n nak ucap gakkkk terima kasih spe yang sudi singgah di blog ina ....cuma cuma nak cakap skitt hehe ::SAYANG KAT MAK AYAH kowang ketat-ketat tawww..Doakan kan diorang selalu...IBUUUU kita tidak akan menangis apabila kita membuat keputusan yang betul. Beliau menangis apabila kita mensia-siakan hidup kita. ingatt tuee... ^_^

Friday 6 July 2012

SABAR DALAM PERSAHABATAN


SAHABAT ???


Sifat Sabar mengajar kita erti mengenali rencah kehidupan.Tahap kesabaran setiap individu semunya berbeza.Kadang-kadang orang disekeliling kita akan menguji kesabaran kita.Ada yang terlintas di benak fikiran anda,  ‘’haishhh sabar je lah dengan sikap si fulan nie’’
Sebenarnya orang yang kuat bersabar ini lebih untung. Dia tak mahu dirinya diulit dengan sifat negatif yang memakan dirinya sendiri. Setiap tindakan yang ingin dilakukan akan berfikir samada membawa implikasi @ kesan terhadap orang lain.Namun, jangan disangka dia seorang yang boleh melayan kerenah anda setiap masa. Berikan ruang dan masa dalam persahabatan.

* Apabila bersahabat, diri sendiri &; sahabat harus mempunyai
tanggungjawab &; punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1.Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita
& sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu
sebelum ianya berlaku.

2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3.Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt
tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6.Terima kekurangan &; keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai
positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8.Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu
rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita
menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan
sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9.Menghormati hak &; kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat
bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan &;
kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

10.Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jgn
dibalas, berdiam &; tunggu hingga dia reda &; sejuk. Pasti
hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap
org ada lautan hati yg pasang surut.

11.Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia
mengomel, dengar &; angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia
boleh memburukkan keadaan.

12.Jangan memburuk-burukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri
dengan mengadakan cerita i. e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya.
Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn
apa yang dikurnia oleh Allah s. w. t
Views Views

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi membaca di blog saya ^_^