ASSALAMMUALAIKUM...nie blog ERLINA ROSLAN ^_^ terima kasih sudi membaca huhu esok datang lagi yee.. n nak ucap gakkkk terima kasih spe yang sudi singgah di blog ina ....cuma cuma nak cakap skitt hehe ::SAYANG KAT MAK AYAH kowang ketat-ketat tawww..Doakan kan diorang selalu...IBUUUU kita tidak akan menangis apabila kita membuat keputusan yang betul. Beliau menangis apabila kita mensia-siakan hidup kita. ingatt tuee... ^_^

Friday 20 July 2012

RAMADHAN TAHUN INI

hehe riang yer hati bulan Ramadhan datang lagi ^_^

Alhamdulillah... hari ini bermulanya puasa yang pertama.. syukur sangat-sangat masih diberi peluang menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Dah lama rasanya tak update blog nie..
* hati niee happy sangat2* sebab Bulan Ramadhan tahun nie akan bermakna bagiku.Azam ku tahun nie harap2 dapat menyambut bulan nie dengan sebaik-baiknya...insyaAllah..aku berharap Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun sebelumnya..huhu teringat Ramadhan pada tahun lepas  :( miss 3 hari tarawih terakhir. Kalau nak pergi solat tarawih , pergi berdua dengan mak saya selepas berbuka puasa..Alhamdulillah  rumah pon berdekatan dengan masjid..jalan kaki dalam 5 minit dah sampai..hehehe..

Hari ini  21/7/2012..sabtu bermulanya first day puasa. Tahun nie semua family dapat bersahur bersama-sama di kuala lumpur.Saya duk sementara selama 1 bulan di k.l sinie untuk berniaga di bazar..hehe ^_^ dapat lah cari duit poket skit untuk simpanan. insyaAllah aku akan sambung study di uitm pada bulan september nanti.
Selepas bersahur, solat subuh disegerakan... membaca kitab Al-quran menjadi rutin harian ku selepas setiap kali solat fardhu.. insyaAllah nak tekad tuk khatam kan al-quran di bulan ramadhan.. semasa bulan Rejab sehingga Syaaban ku baru je sampai juzuk 5..emm terasa hati tenang apabila ku tenung satu-satu ayat al-quran, memahami maksud di sebalik ayat suci al-quran.Ternyata Al-quran amat membantu ku lebih dekat dengan-Nya..Ya Allah engkau lah pencipta kami dan kepada engkau jualah tempat kami kembali.Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah..bimbinglah aku dalam setiap langkah hidupku.

8 List Target pada bulan Ramadhan tahun ini :::

  1. Mahu Khatamkan kitab Al-Quran..insyaAllah semoga tercapai.
  2. NO FB selama sebulan..*until finish bulan Ramadhan* . 
  3. Banyakkan pembacaan zikir& doa pada illahi..
  4. Menunaikan solat sunat tarawih di masjid
  5. Jaga akhlak,jaga hati,jaga lidah,jaga mata..n jagalah semuanya :)
  6. Kurangkan tido di waktu petang..hahaha time puasa lah ramai yang dah jadi lembik kan..kadang-kadang mata tuee dah x bleh kawal kan? tapi kalau nak tido sangat..tidorr la sekejap sebaik-baiknya selepas solat zuhur dalam 30 mnit or 1 hour ..jangan tidooo sampai terlajak hingga ke waktu Asar plak hehehe...
  7. Banyakkan amalan sunat..contohnya seperti bersedekah pada orang miskin, tolong ibu bapa pon 1 sedekah jugak kan.. pe pon yang kita wat ikhlaskan hati nawaitu keranaNya..
  8. Menunaikan setiap ibadah pada bulan ini dengan sebaik-baiknya.


ingat yew ! k bye..selamat menjalani ibadah puasa semua..
yeahhhh senyum sokmo k ^_^
Views Views

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi membaca di blog saya ^_^