ASSALAMMUALAIKUM...nie blog ERLINA ROSLAN ^_^ terima kasih sudi membaca huhu esok datang lagi yee.. n nak ucap gakkkk terima kasih spe yang sudi singgah di blog ina ....cuma cuma nak cakap skitt hehe ::SAYANG KAT MAK AYAH kowang ketat-ketat tawww..Doakan kan diorang selalu...IBUUUU kita tidak akan menangis apabila kita membuat keputusan yang betul. Beliau menangis apabila kita mensia-siakan hidup kita. ingatt tuee... ^_^

Thursday 2 May 2013

BAB PERNIKAHAN

BAHASA ==> Ikatan Sumpah
ISTILAH ==> Suatu ikatan @ akad yang menghalalkan pergaulan

PERKHAWINAN MERUPAKAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W
===> ''Nikah itu adalah sunnahku, naka sesiapa yang benci akan sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku'' (Riwayat Ibnu Majah)


DALIL DARI AL-QURAN
===> ''Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain dua, tiga atau empat.Kemudian jika kamu BIMBANG TIDAK AKAN BERLAKU ADIL ( Diantara isteri-isteri kamu ) maka berkahwinlah dengan SEORANG SAHAJA'' (Surah An-Nisaa' ayat 3)


DALIL DARI AS-SUNNAH
===> '' Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang MAMPU DIA NTARA KAMU ( mempunyai belanja serta keinginan ) hendak berkahwin, hendaklah ia berkahwin, hendaklah ia kahwin keranasesungguhnya perkahwinan itu akan MEMEJAMKAN MATANYA ( terhadap orang yang tidak halal dilihatnya ) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa bahawa BERPUASA itu menjadi BENTENG '' [Riwayat Muslim]


HIKMAH & TUJUAN PERKAHWINAN
  • Mewujudkan suatu umat yang KUAT
  • Mengekalkan ganerasi menusia melalui proses KELAHIRAN
  • Memelihara KEHORMATAN
  • Mewujudkan KERJASAMA
  • Mengembangkan TABIAT KEBAPAAN & KEIBUAN
  • Memelihara SPRITUAL,MENTAL, AGAMA & HARTA BENDA
  • Menggalakkan IBADAH
  • Mendapatkan PENGAMPUNAN DARI ALLAH,PENINGKATAN DARJAT & KEMANTAPAN SIKAP
  • Menggalakkan IBADAH
  • Menghidupkan SUNNAH RASULULLAH S.A.W



HUKUM BERKAHWIN
  1. SUNAT ==> Berkemampuan & berkeinginan untuk berkahwin
  2. WAJIB ==> Mampu & bimbang akan menghampiri zina [ Berdosa jika x berkahwin]
  3.  MAKRUH ==> Tidak berkeinginan berkahwin kerana ada penyakit @ terlalu tua
  4. HARAM ==> Untuk mezalimi isteri & mendaruratkan isteri [ Jika Berkahwin SAH, hukumnya pula HARAM]



RUKUN NIKAH
  1. LELAKI yang bakal menjadi suami.
  2. PEREMPUAN yang bakal menjadi isteri.
  3. WALI yang adil.
  4. 2 OARANG SAKSI yang adil.
  5. IJAB DAN QABUL ( Tawaran dan penerimaan semasa akad nikah)


SYARAT-SYARAT BAKAL SUAMI
  1. Beragama Islam.
  2. Tidak berihram haji @ umrah
  3. Lelaki tertentu.
  4. Belum mempunyai 4 isteri.
  5. Dengan kerelaan diri sendiri bukan paksaan.
  6. Seorang lelaki ( bukan khunsa musykil)


SYARAT-SYARAT BAKAL ISTERI
  1. Beragama Islam
  2. Perempuan yang tertentu
  3. Bukan mahram kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya
  4. Bukan isteri Allah dan tidak di dalam iddah orang lain
  5. Tidak dalam ihram haji @ umrah


SYARAT-SYARAT WALI
  1. Beragama Islam
  2. Seorang lelaki 
  3. Baligh
  4. Dengankerelaan sendiri bukan paksaan
  5. Tidak berihram haji @ umrah
  6. Orang yang adil ( tidak fasiq )
  7. Seorang yang sempurna akalnya

SYARAT-SYARAT SAKSI
  1. Bilangannya X kurang daripada 2 orang
  2. Beragama Islam
  3. Berakal
  4. Baligh
  5. Lelaki
  6. Sejahtera pancaindera ( Boleh melihat, mendengar, bertutur ). Memahami isi-isi kandungan lafaz ijab dan qabul.
  7. Orang yang adil ( Tidak fasiq )


SIGHAH @ IJAB & QABUL
  1. SIGHAH IJAB ===> Hendaklah digunakan lafaz nikah @ terjemahan daripada 2 lafazitu dalam apa jua bahasa
  2. LAFAZ IJAB ===> Boleh dibuat oleh wali itu sendiri ( bapa kepada ayah anak perempuannya ) @  boleh juga pada wakilnya ( imam ) ... tetapi sebaik-baiknya AYAH WANITA ITU YANG LAFAZKAN IJAB
  • CONTOHNYA : ''Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Erlina bt Roslan / berwakilkan wali bapanya kepadaku dengan mas kahwinnya Rm 40.00''
    3. SIGHAH QABUL ===> iaitu upacara penerimaan daripada lelaki sendiri ataupun wakilnya 
     setelah selesai sighah ijab dengan tidak diselangi oleh apa-apa perkataan asing / masa yang
     panjang.











Views Views

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi membaca di blog saya ^_^