ASSALAMMUALAIKUM...nie blog ERLINA ROSLAN ^_^ terima kasih sudi membaca huhu esok datang lagi yee.. n nak ucap gakkkk terima kasih spe yang sudi singgah di blog ina ....cuma cuma nak cakap skitt hehe ::SAYANG KAT MAK AYAH kowang ketat-ketat tawww..Doakan kan diorang selalu...IBUUUU kita tidak akan menangis apabila kita membuat keputusan yang betul. Beliau menangis apabila kita mensia-siakan hidup kita. ingatt tuee... ^_^

Sunday 17 February 2013

PERSEDIAAN PERKAHWINAN 1

Yuppp... tajuk kali nie menyentuh tentang perkahwinan... meskipon x kahwin g.. setiap orang perlu bersedia...x kira lah  pembaca-pembaca blog ini samada perempuan atau lelaki...ilmu agama itu perlu ditopup dari semasa ke semasa... yuppp ilmu... ilmu tue penting sangat... perkahwinan itu SATU IBADAH... '' ilmu berumahtangga'' , ''ilmu ekonomi rumahtangga'', ''ilmu meghadapi masalah''  
 kalau benar cinta, mesti hendak bersama ke syurgaNya. Apa-apa yang membawa ke nerakaNya, itu bukan cinta. Jadi bagaimanakah menjadikan perkahwinan itu sampai ke syurga atau bercinta sampai syurga.
Saya kongsikan sedikit persiapan diri sebelum aku terima nikahnya :
———————————
1. Adakah saya sentiasa memastikan solat fardu lima waktu saya cukup?
2. Adakah Saya menjadikan solat duha sebagai satu kezaliman?
3.  Adakah saya membaca al-quran sekerap yang mungkin?
4.  Adakah saya selalu menghadirkan diri ke kuliah-kuliah agama?
5.  Adakah saya mengamalkan zikir pagi dan petang (al-ma’thurat) seperti Rasullullah?
6. Adakah saya sering memperbanyakkan selawat ke atas nabi?
7.  Adakah saya membaca bahan bacaan yang memberikan kefahaman dalam agama?
8. Adakah saya melazimi puasa isnin dan khamis?

Bagi saya, inilah dia yang sepatutnya kita ada dan persiapkan dan didahulukan.
Jika ini semua selesai dilakukan sebelum ke alam baru, Maka berkahwinlah! Jika belum maka muhasabahlah diri kita agar tidak menjadi fitnah dimasa hadapan kita kelak.
Persiapan sebelum kahwin yang sebenar pada saya adalah persediaan diri, persiapan emosi, peningkatan kematangan, pemantapan ibadah dan usaha untuk mempersiapkan diri dalam hal kewangan.
Itulah dia persediaan sebelum berkahwin!
Orang yang benar bersiap akan pasangannya, akan membuat persedian diri seterusnya meletakkan target bila walimahnya.
Orang yang benar bersiap akan pasangannya, akan berkenalan dan merapatkan diri dengan ayah dan ibu bakal isterinya.

  • PANDUAN BAGI BAKAL ISTERI & BAKAL SUAMI.. Imam al Ghazali berkata:::  "ilmu semata-mata tidak akan dapat menyelamatkan orang",  yang bermaksud, ilmu yang disimpan tetapi tidak diguna pakai akan menjadi sia-sia. Dan orang yang tiada ilmu pula ibarat kapal yang terapung, selamat, tetapi tidak dikemudikan kemana-mana dan mengikut sahaja kemana air membawanya. Carilah ilmu yang bermanfaat.
  • Perkahwinan itu adalah satu tanda kebesaran Allah yang menghadirkan perasaan kasih sayang dan cinta antara seorang lelaki dan perempuan dengan cara yang halal, meningkatkan martabat manusia dan melindungi manusia dari perbuatan maksiat.
  • Perkahwinan itu sebenarnya adalah satu ibadah!!!!  Sebagaimana juga ibadah lain seperti solat, sedekah, puasa. Kerana di dalam perkahwinan itu terlalu banyak pahala yang akan kita dapat malahan pahala itu dilipatgandakan. Subhanallah! Moga di akhirat kelak neraca timbangan amalan kita semakin berat ke arah pahala.

Ustaz, saya ingin menjadi seorang isteri yang dapat membahagiakan suami dan hidup diredhai Allah. Saya ingin meminta pendapat, bagaimanakah cara terbaik bagi menambat hati suami dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia dan diberkati?

Maka Ustaz Azhar Idrus memberikan perincian berikut sebagai jawapan kepada soalan di atas:

  • Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana dia menghormati & menyayangi keluarganya sendiri.

  • Isteri yang sentiasa menjaga aurat daripada pandangan yg bukan muhrimnya & pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

  • Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka.

  • Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan dengan perintah agama.

  • Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagian dari sebarang masalah kerja.

  • Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya. Begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami.

  • Isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir.

  • Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasandan& kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suaminya tidak mampu menunaikan.

  • Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau pun dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai isteri & ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

  • Berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami bercakap.

  • Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batin suami sewaktu diperlukan.

  • Isteri yang sentiasa menghias diri apabila di hadapan suami dan sebaliknya pula apabila ketiadaan suami.

  • Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami daripada keperluannya sendiri.

  • Isteri yang sentiasa bersikap malu kepada suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

  • Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu sewaktu hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman sewaktu suaminya pulang.


Mari tonton video ini smoga bermanfaat dan mengubah minda anda untuk berubah ke arah yang lebih baik... Buat mereka dan tidak lupa diri ini juga mengingatkan bahawa ketika mana ingin mendirikan melangkah ke alam perkahwinan. Janganlah asyik leka dengan persiapan majlis sahaja. Tapi ingatlah yang lebih utama. Persiapan diri dengan ilmu dan amal agar diri sentiasa terbimbing dalam melayari bahtera rumahtangga kelak.



jommmmm dengar ceramah ustaz kazim nie... smoga bermanfaat :)

                                              Video 1- Ustaz Kazim ~


                                                         Video 2....

                                                 Video 3-

                                                   Video 4-





Views Views

1 comment:

  1. jazakillah khairan utk info.....amat berguna....berkahwin utk mndptkn redha Allah....

    ReplyDelete

terima kasih sudi membaca di blog saya ^_^